***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Monday, June 5, 2017

Siri Mesej Integriti Situasi Apabila Hadiah Menjadi Rasuah

Petikan dari MPUU
 
Salam Ramadhan dan Selamat Sejahtera buat semua warga UTM,

"Siri Mesej Integriti kali ini ingin mengambil inisiatif untuk menerangkan kepada semua warga kampus berkenaan situasi apabila hadiah menjadi rasuah".


Siri Mesej Integriti Situasi Apabila Hadiah Menjadi Rasuah


Baru - baru ini UTM telah mengambil setapak lagi bagi memantapkan aspek urus tadbir di Universiti ini dengan memperkenalkan Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Staf UTM. Hebahan dimaklumkan kepada semua staf melalui Pekeliling Pentadbiran Bil. 10/2017 yang telah diluluskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) bertarikh 28 Mac 2017.

Secara lumrahnya, adalah menjadi amalan di dalam kampus untuk staf menerima dan memberi hadiah. Ia merupakan satu amalan dan budaya yang sukar dipantau oleh pegawai atasan dan Ketua Jabatan. Malah amat menggusarkan jika Ketua Jabatan juga turut terlibat sama, secara langsung dalam amalan sebegini. Sungguhpun begitu, ramai yang tidak menyedari kadang - kala tujuan sebenar pemberian hadiah ini adalah untuk mendapatkan balasan yang setimpal. Rata - rata yang menerima pula telah begitu 'faham' akan maksud pemberi dan akur dengan kehendak dan tuntutan mereka. Kesannya kepada institusi adalah perkhidmatan yang tidak memadai bayaran, memandangkan pembekal sudah cukup terbeban dengan kos - kos 'tol'  dan 'pelincir' ini.

Jika masih tidak dapat difahami, kita perlu ambil tahu, bahawa tidak semua yang memberi hadiah ini adalah diberikan dengan niat yang ikhlas dan suci hati, terutamanya apabila mereka ini secara langsung terlibat dalam urusan seharian dan rasmi, seperti membekalkan khidmat kepada jabatan dan bertugas secara langsung dalam perjalanan urusan Universiti. Mari kita lihat satu contoh situasi dibawah ini,

A merupakan kontraktor yang dilantik di bawah Jabatan B. Oleh kerana ingin mengekalkan khidmatnya di Jabatan B, A telah mempelawa beberapa staf terlibat di bawah pengurusan kontraktor untuk bercuti di Pulau Redang, dengan syarat staf - staf ini 'berusaha' mengekalkan A sebagai kontraktor di Jabatan B. Staf - staf ini tanpa berfikir panjang menerima pelawaan A, dan sebaik tamat bercuti, A, menuntut kerjanya di Jabatan B. Maka staf - staf yang terlibat ini tidak mempunyai pilihan lain, dan terpaksa akur. Apapun justifikasi pelawaan bercuti tersebut, penilaiannya mudah, A mempunyai hubungan rasmi dengan Jabatan B. Maka pemberian hadiah A telah terjumlah kepada rasuah dalam rupa bentuk percutian.

Tampak situasinya ringkas, tetapi kesannya amat besar kepada institusi, bilamana kontraktor seperti A tidak dapat memberikan khidmat yang sebaiknya apabila dilantik kelak. Institusi bakal menanggung akibat penyelenggaraan akibat mendapat khidmat tidak memuaskan dari kontraktor seperti A. Mereka mempunyai prasangka bahawa 'mudah' mendapatkan kerja di institusi tersebut kerana telah 'memegang' pegawai - pegawai yang berkenaan.Adakah ini berlaku di UTM??...., diharapkan tidaklah berlaku, kerana kesannya buruk kepada nama baik institusi ini, yang merupakan medan semua mencari rezeki yang halal dan diredhai.

Oleh itu, suka diingatkan kepada semua Ketua Jabatan untuk membuat penilaian berikut sebelum meluluskan sebarang penerimaan hadiah di jabatan, antaranya: 


Hadiah yang diterima dibenarkan dalam garis panduan atau tidak (sila rujuk garis panduan untuk hadiah yang dibenarkan)

  •     Hadiah yang diterima tidak menimbulkan syak (terlampau mahal/jumlah besar)
  •     Mengambil kira kekerapan staf tersebut menerima hadiah
  •     Hubungan antara staf dengan si pemberi hadiah(kontraktor/konsultan dan sebagainya)

Kesimpulannya, marilah sama - sama kita mencegah penukaran hadiah kepada rasuah ini dengan mengambil tahu dan mematuhi Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Staf UTM yang telah dilaksanakan hebahannya kepada semua staf melalui Pekeliling Pentadbiran Bil. 10/2017 dilampirkan. Diharapkan garis panduan ini dapat memberi panduan jelas kepada semua warga kampus dan menjadi salah satu ilmu bermanfaat untuk dipraktikkan.

Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca mesej ini dan Salam Integriti.  😀


"BARANG SIAPA YANG KAMI ANGKAT ANTARA KAMU MEMANGKU SESUATU JAWATAN, LALU DISEMBUNYIKAN TERHADAP KAMI SEBATANG JARUM ATAU LEBIH KECIL DARIPADA ITU, MAKA PERBUATANNYA ITU ADALAH PENGGELAPAN. DIA AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT MEMBAWA BARANG YANG DIGELAPKANNYA ITU”

(HADIS RIWAYAT IMAM MUSLIM)




MORAL : Siapa makan cili, dialah terasa pedasnya.







Posted by Admin


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM