***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Isnin, 13 Mac 2017

Siri Mesej Integriti 16: Anda Dimarahi Oleh Bos, Cuba Tanganinya Dengan Cara Ini


"Siri Mesej Integriti kali ini ingin berkongsi dengan semua warga UTM berkenaan cara menangani bos yang dirasakan suka maki hamun dan menjerit pada staf".


Pernah tak anda semua menghadapi perkara sebegini? Masuk sahaja ke pejabat pasti ada sahaja keadaan yang mana kita dimarahi oleh bos, sudahlah dimarahi, lebih teruk ia dilakukan di hadapan teman sepejabat. Ayuh kita pelajari bagaimana caranya menangani situasi sebegini. Sebagai seorang pekerja anda bukan hanya perlu tahu tanggungjawab, tetapi juga hak anda sebagai seorang pekerja untuk berada di dalam persekitaran yang sihat.

1. TANYA KEPADA DIRI APA SALAH ANDA
Seorang bos yang rasional tidak akan memarahi anda tanpa sebab, oleh itu anda harus bertanya apa yang tidak kena. Jika ada kesalahan yang dilakukan oleh anda, maka terima sahaja dan jangan pernah melawan untuk menegakkan benang yang basah. Perbetulkan kesilapan sebaik mungkin, dengan cara ini anda akan menjadi seorang pekerja yang lebih cermat dan teliti. Untuk menjadi yang terbaik anda harus belajar dari kesalahan.

2. PERTAHANKAN DIRI
Jika anda tidak melakukan sebarang kesalahan dan sebaliknya kesalahan itu berpunca dari arahan bos yang tidak jelas atau salah pihak lain, cuba terangkan secara berhemah tanpa meninggi diri. Jangan cuba menampakkan keburukan bos anda lebih-lebih lagi di hadapan rakan sekerja kerana dia juga memiliki maruah sebagai seorang ketua. Sebaliknya berbincang secara baik dan terangkan dengan terperinci. Seorang bos yang berkualiti dan bertanggung jawab pasti akan mengaku kesalahannya dan menyelesaikan masalah yang berlaku secara profesional.

3. FAHAM CARA KERJA BOS
Sebagai seorang pekerja, kita harus bergerak mengikut acuan dan juga cara bos. Maka anda harus faham dengan segala yang disukai dan tidak disukai, jangan hanya buat kerja mengikut cara sendiri tanpa mengambil pandangan bos terlebih dahulu. Harus diingatkan sejauh mana anda rasa diri anda bagus, anda tetap ada bos yang harus dirujuk. Jika anda faham dengan cara kerja bos, sekurang-kurangnya anda tidak akan membuatkan mereka marah jika sesuatu kesilapan berlaku kerana semuanya sudah mengikut arahan yang ditetapkan.

4. KONGSI PANDANGAN POSITIF
Jangan pernah takut untuk meyumbang secara positif dalam kerja. Sumbangan positif ini adalah berfikir secara kritis dan kreatif. Jika satu-satu arahan kerja ataupun idea yang diberi oleh bos kurang memuaskan, anda boleh cuba bercakap dengan baik tentang pandangan anda. Siapa tahu jika ia masuk akal, bos akan setuju dengan apa yang anda katakan. Percayalah, tidak semua bos yang suka marah bersikap tidak rasional, mungkin mereka hanya mahu anda lebih bersikap bebas dan tidak terlalu bersikap ‘menumpang’ di dalam pasukan. Mana tahu jika mereka sudah nampak kebolehan anda, maka mereka tidak lagi terlalu mencari kesalahan atau mengongkong cara kerja anda sebaliknya memberi kepercayaan yang tinggi kepada anda.

5. HADKAN PERGAULAN
Jangan ‘berumah tangga’ bersama bos anda. Maksud di sini adalah wujudkan sedikit had dalam pergaulan anda dengan bos. Elakkan bertanya atau menyibuk soal peribadi bos anda dan juga menceritakan perkara peribadi anda kepada bos, ini bagi mengekalkan tahap profesionalisme. Lagipun jika anda terlalu rapat dengan bos, sesekali jika dimarahi pasti akan ‘makan hati’ dan mula terasa seperti diperlakukan secara tidak adil. Namun bagi yang suka menjadi ‘kaki kipas’, terpulang kepada anda. Tetapi harus diingatkan jika naik pangkat bukan kerana kualiti, lambat laun pihak atasan akan nampak kekurangan dan kelemahan anda yang ketara. Maka bersiap sedialah untuk ucapkan selamat tinggal kerja.

6. ADUAN KE BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
Jika anda sudah sedaya upaya menjadi pekerja yang baik namun tetap sahaja dimaki dan dimarahi, maka keluarkan diri anda dari situasi kerja yang tidak sihat ini. Adu perkara ini ke bahagian sumber manusia, namun harus diingatkan jangan pernah menipu tentang apa yang terjadi kerana ia akan memberi kesan negatif kepada anda. Terangkan secara profesional dan mohon untuk dipindahkan ke jabatan yang lain. Jika tidak ditukar jabatan sekalipun sekurang-kurangnya jabatan sumber manusia tahu masalah yang terjadi. Jika anda terus diam dan membiarkan diri dibuli, ini bukan perkara bijak. Ingat sesebuah syarikat atau institusi tidak boleh memberhentikan anda sewenang-wenangnya tanpa sebab yang munasabah atau pampasan.

"Semoga anda membaca artikel ini dengan teliti dan berusaha menjadi pekerja terbaik dalam suasana kerja yang positif. Di zaman ekonomi yang tidak menentu dan banyak syarikat/institusi terpaksa gulung tikar, hargai kerjaya anda seadanya".

Bersumber: nona.my
MORAL : Ambil iktibar daripada si ketam, berusaha mengajar anaknya berjalan betul.

Sumber :
RAIHAN BINTI ABD KARIM
Pegawai Integriti Bertauliah /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

Maklumat lanjut sila layari: PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UTM

Posted by Admin 

 

Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Aldhuha2u Homestay

BERMINAT... ALDHUHA2U HOMESTAY (Berdekatan UTM & Nusajaya) KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN : Rumah Teres 2 Tingkat dengan kemudahan 2 bilik dan 2 bilik air : Pertanyaan & Tempahan boleh dibuat melalui : sila hubungi shah 019-7421006 / what app 010 - 5110452 mzul 010 - 6688051 samad 012- 7218963

Agen Chokee Diperlukan Segera!!!! Wasap 018-7724 006 / 013 -707 9619


Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

BORANG UTM BAZAR

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM