***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Selasa, 7 Februari 2017

Maklumat Syarat-Syarat, Peraturan dan Prosedur Permohonan Menduduki Perumahan Universiti untuk Staf UTM


Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempunyai 360 Unit Kediaman di kampus UTM Skudai, Johor yang disediakan untuk staf-staf UTM. Jenis-jenis rumah dan lokasi seperti berikut :

 

Kediaman Staf (Staff Residences)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempunyai 360 unit kediaman di kampus UTM Skudai, Johor yang disediakan untuk staf-staf UTM. Jenis-jenis rumah dan lokasi seperti berikut :
 
1. KEDIAMAN STAF DESA SKUDAI
    • Kediaman Staf Desa Skudai mempunyai 120 unit rumah yang disewakan kepada staf-staf universiti yang berkelayakan.
    • Kadar sewa sebulan Kediaman Staf Desa Skudai ialah seperti berikut:
  • Lokasi
    Kategori Kadar sewa sebulan (RM) berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2015
    1. Kediaman Staf Desa Skudai Kediaman Staf Bukan Akademik 350.00
  •  
  • Kadar sewaan ini TIDAK TERMASUK bayaran utiliti air dan elektrik dan hendaklah dijelaskan oleh penghuni sendiri.
  • Keutamaan akan diberikan kepada kriteria staf seperti di bawah:
  1. Berkahwin / Belum Berkahwin;
  2. Bertaraf lantikan Tetap / Kontrak oleh universiti termasuk lantikan PTJ / Jabatan secara geran penyelidikan (kuat kuasa 1 Januari 2017);
  3. Tidak memiliki rumah;
  4. Disokong oleh Ketua Jabatan;
  5. Gaji Maksimum kedua-dua pasangan (telah berkahwin) atau individu (belum berkahwin) tidak melebihi RM 4,000.00 (gaji bersih);
  6. Keutamaan kepada Kumpulan C dan D (kumpulan sokongan bukan akademik), walau bagaimanapun Kumpulan A dan B juga diberikan pertimbangan sekiranya berlaku kekosongan (Kuat kuasa 1 Disember 2016);
  7. Tertakluk kepada kekosongan semasa
  • Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan deposit masuk dan utiliti (air dan elektrik sebanyak RM 200.00 secara tunai atau potongan gaji (RM 50.00 X 4 bulan) sebelum / semasa memasuki rumah yang ditawarkan oleh pihak universiti. Deposit akan dipulangkan sepenuhnya SEKIRANYA rumah yang ditinggalkan oleh penghuni yang keluar adalah bersih, tiada kerosakan pada fizikal rumah yang akan dinilai oleh Pegawai Perumahan Universiti.
  • Tawaran adalah berdasarkan kepada kekosongan semasa dan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Induk Perumahan Universiti.
  • Semua keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan pertukaran rumah TIDAK AKAN DILAYAN.
  • Tempoh menduduki perumahan: MAKSIMUM 5 TAHUN (3+2) dari tarikh surat tawaran. Sebarang perlanjutan adalah TERTAKLUK kepada keputusan jawatankuasa bergantung kepada bilangan permohonan semasa dan hendaklah dimohon semula seperti biasa.

_DSC9135 _DSC9140 _DSC9137
  • MAKLUMAN TERKINI: 
PENGUATKUASAAN POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI 2015
  • Dimaklumkan bahawa pihak universiti menerusi Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) telah meluluskan secara rasmi Polisi Perumahan Universiti 2015 berkuatkuasa 15 Januari 2015. Sehubungan itu, Sekretariat Perumahan Universiti akan mula menguatkuasakan semua klausa yang terdapat di dalam polisi tersebut dari semasa ke semasa. Sekian, dimaklumkan.Terima kasih.
PENGUATKUASAAN KADAR SEWAAN BAHARU, PEMANSUHAN POTONGAN ELAUN SARA HIDUP (COLA) BAGI STAF YANG MENDUDUKI KEDIAMAN STAF DESA SKUDAI
  • Dimaklumkan bahawa pihak universiti telah menetapkan kadar sewaan baharu bagi staf yang menduduki Kediaman Staf Desa Skudai berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2015. Sehubungan itu, kadar baharu tersebut adalah seperti jadual di atas.
  • Pihak universiti juga telah bersetuju memansuhkan potongan Elaun Sara Hidup (COLA) bagi semua staf yang menduduki Kediaman Staf Desa Skudai juga turut berkuatkuasa 1 Ogos 2015.
  • Sehubungan itu, surat tawaran akan dikeluarkan kepada semua penghuni sedia ada yang layak dalam masa terdekat ini.
  • Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.
PENYERAPAN BIL UTILITI IWK 2017
  • Dimaklumkan bahawa pihak universiti menerusi Jawatankuasa Induk Perumahan Universiti (Bil. 3/2016) telah bersetuju menetapkan bahawa bil utiliti IWK (RM 24 setahun) akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak universiti berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017.
  • Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.


2. KEDIAMAN STAF DESA BAKTI
    • Kediaman Staf Desa Bakti mempunyai 200 unit rumah yang disewakan kepada staf-staf universiti yang berkelayakan.
    • Kadar sewa sebulan Kediaman Staf Desa Bakti ialah seperti berikut:
  • Lokasi
    Kategori Kadar sewa sebulan (RM) berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2015
    1. Kediaman Staf Desa Bakti Kediaman Staf Bukan Akademik 200.00
  •  
  • Kadar sewaan ini TIDAK TERMASUK bayaran utiliti elektrik dan hendaklah dijelaskan oleh penghuni sendiri. Manakala bagi utiliti air, bil akan dipotong terus menerusi gaji bulanan staf berdasarkan bacaan meter air oleh petugas perumahan universiti.
  • Keutamaan akan diberikan kepada kriteria staf seperti di bawah:
  1. Berkahwin sahaja (keutamaan kepada staf yang baharu berkahwin);
  2. Bertaraf lantikan Tetap / Kontrak oleh universiti sahaja dan bukan jabatan;
  3. Tidak memiliki rumah;
  4. Disokong oleh Ketua Jabatan;
  5. Gaji Maksimum kedua-dua pasangan tidak melebihi RM 3,000.00 (gaji bersih);
  6. Keutamaan kepada Kumpulan C dan D (kumpulan sokongan bukan akademik);
  7. Tertakluk kepada kekosongan semasa
    • Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan deposit masuk dan utiliti (air dan elektrik) sebanyak RM 200.00 secara tunai atau potongan gaji (RM 50.00 X 4 bulan) sebelum / semasa memasuki rumah yang ditawarkan oleh pihak universiti. Deposit akan dipulangkan sepenuhnya SEKIRANYA rumah yang ditinggalkan oleh penghuni yang keluar adalah bersih, tiada kerosakan pada fizikal rumah yang akan dinilai oleh Pegawai Perumahan Universiti.
    • Tawaran adalah berdasarkan kepada kekosongan semasa dan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Induk Perumahan Universiti.
    • Semua keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan pertukaran rumah TIDAK AKAN DILAYAN.
    • Tempoh menduduki perumahan: MAKSIMUM 5 TAHUN (3+2) dari tarikh surat tawaran. Sebarang perlanjutan adalah TERTAKLUK kepada keputusan jawatankuasa bergantung kepada bilangan permohonan semasa dan hendaklah dipohon semula seperti biasa.
_DSC9117 _DSC9126
  • MAKLUMAN TERKINI: 
PENGUATKUASAAN POLISI PERUMAHAN UNIVERSITI 2015
  • Dimaklumkan bahawa pihak universiti menerusi Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) telah meluluskan secara rasmi Polisi Perumahan Universiti 2015 berkuatkuasa 15 Januari 2015. Sehubungan itu, Sekretariat Perumahan Universiti akan mula menguatkuasakan semua klausa yang terdapat di dalam polisi tersebut dari semasa ke semasa. Sekian, dimaklumkan.Terima kasih.
SISTEM BACAAN METER AIR
  • Sistem pembacaan meter air adalah berdasarkan kepada purata dan prorata. Sekiranya terdapat percanggahan bacaan meter air (kadar bacaan berlebihan), pihak petugas akan menyeimbangkan bacaan mengikut kadar asas minimum bacaan meter air sebanyak RM 10.00 (caj minimum RM 7.00 + caj operasi RM 3.00). Keadaan ini disebabkan kekangan peralatan meter air tersebut.  Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.
PENGUATKUASAAN KADAR SEWAAN BAHARU, PEMANSUHAN POTONGAN ELAUN SARA HIDUP (COLA) BAGI STAF YANG MENDUDUKI KEDIAMAN STAF DESA BAKTI
  • Dimaklumkan bahawa pihak universiti telah menetapkan kadar sewaan baharu bagi staf yang menduduki Kediaman Staf Desa Bakti berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2015. Sehubungan itu, kadar baharu tersebut adalah seperti jadual di atas.
  • Pihak universiti juga telah bersetuju memansuhkan potongan Elaun Sara Hidup (COLA) bagi semua staf yang menduduki Kediaman Staf Desa Bakti juga turut berkuatkuasa 1 Ogos 2015.
  • Sehubungan itu, surat tawaran akan dikeluarkan kepada semua penghuni sedia ada yang layak dalam masa terdekat ini.
  • Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.


3. KUARTERS STAF CENGAL / DESA BAKTI (TUNGGU SEDIA UNIVERSITI)
    • Kuarters Staf Cengal mempunyai sebanyak 11 unit rumah yang disediakan khas bagi staf tunggu sedia universiti yang berkhidmat secara “on call” atau kecemasan dan disahkan kritikal oleh Ketua Jabatan Pusat Tanggungjawab (PTJ) UTM.
    • Kediaman yang disediakan adalah berdasarkan selagi mana tempoh staf tersebut bertaraf tunggu sedia sahaja
    • Kemudahan ini juga turut meliputi staf tunggu sedia universiti di Kediaman Staf Desa Bakti dengan kadar sewa dan tempoh menetap yang sama seperti diperuntukkan untuk Kuarters Staf Cengal
    • Rumah Penghulu di Kediaman Staf Desa Bakti dan Desa Skudai turut termasuk dalam kategori kuarters tunggu sedia universiti.
    • Staf yang dilantik sebagai Tunggu Sedia Universiti dan berjaya ditawarkan kuarters ini hendaklah menjelaskan deposit masuk dan utiliti (air dan elektrik) sebanyak RM 200.00 secara tunai atau potongan gaji (RM 50.00 X 4 bulan) sebelum / semasa memasuki rumah. Deposit akan dipulangkan sepenuhnya SEKIRANYA rumah yang ditinggalkan oleh penghuni yang keluar adalah bersih, tiada kerosakan pada fizikal yang akan dinilai oleh Pegawai Perumahan Universiti. 
    • Universiti hanya menanggung sebanyak RM 50 sahaja bil utiliti elektrik dan RM 20 (kadar minimum) untuk bil utiliti air setiap bulan bagi semua Kuarters Staf Tunggu Sedia Universiti (Cengal / kuota Desa Bakti) dan kadar selebihnya hendaklah ditanggung sendiri oleh staf tersebut.
    • Kadar sewa bagi kategori staf tersebut adalah seperti berikut:
  • Lokasi
    Kategori Kadar sewa sebulan (RM) berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2015
    1. Kuarters Staf Cengal / Desa Bakti (Tunggu Sedia Universiti) Kediaman Staf Bukan Akademik (Sokongan) 25.00 (sewa)
    125.00 (COLA)












Ketua Unit Kampus Ekopelancongan dan Kediaman Staf Universiti
Bahagian Perkhidmatan
Pejabat Harta Bina
81310 UTM Kampus Johor.
(u.p.: En. Zaidi bin Hj. Mohmod)
E-mel: staff.housing@utm.my
Pegawai / staf untuk dihubungi:
(i) 07- 5530167 / 012-7174861 (En. Zaidi- Ketua Unit)  atau; 
(ii) 07- 5530143 (Pejabat Am)
Faks: 07-5530582
Tarikh Kemaskini: 25 Januari 2017.   

Maklumat Lanjut Sila Layari: Office of Asset and Development

















































Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Aldhuha2u Homestay

BERMINAT... ALDHUHA2U HOMESTAY (Berdekatan UTM & Nusajaya) KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN : Rumah Teres 2 Tingkat dengan kemudahan 2 bilik dan 2 bilik air : Pertanyaan & Tempahan boleh dibuat melalui : sila hubungi shah 019-7421006 / what app 010 - 5110452 mzul 010 - 6688051 samad 012- 7218963

Agen Chokee Diperlukan Segera!!!! Wasap 018-7724 006 / 013 -707 9619


Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

BORANG UTM BAZAR

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM