***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Rabu, 4 Januari 2017

Siri Mesej Integriti 14: Semakan Integriti Sempena Menempuh 2017



Siri Mesej Integriti kembali meneruskan tugas pada tahun ini dengan pelbagai mesej yang sarat dengan pesanan integriti untuk tatapan semua.

Sempena bermulanya tahun baru 2017, mari kita sama – sama membuat semakan integriti (integrity check) dalam meneruskan tugas pada tahun ini. Sebagai penjawat awam, sebelum membuat keputusan atau sesuatu tindakan, kita hendaklah sentiasa memastikan :

  •     Adakah tindakan itu bersesuaian mengikut perundangan negara?
  •     Adakah ia bersesuaian dengan peraturan dan dasar organisasi?
  •     Adakah ia mengakibatkan percanggahan dengan membelakangkan  kepentingan awam untuk kepentingan diri?

Untuk mengekalkan integriti, seseorang penjawat awam hendaklah sentiasa:

  •     Tidak menerima hadiah dan faedah daripada mereka yang berurusan rasmi dengannya walaupun tiada sebarang balasan diterima;
  •     Tidak memihak atau menunjukkan kecenderungan dalam berurusan dengan mana – mana individu atau syarikat;
  •     Melaporkan dengan segera sebarang tawaran rasuah;
  •     Membuat keputusan perlu berdasarkan fakta dan merit, dan
  •     Perlu menghormati kepelbagaian budaya dan agama dalam masyarakat majmuk.

Sama – sama kita renung, firman Allah SWT bermaksud, “Bahawa Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri berusaha mengubah nasib mereka sendiri.” (Surah Ar-Raad, ayat 11).

Juga pesanan daripada William J. Johnston juga wajar diperhalusi iaitu ‘The most significant change in a person’s life is a change of attitude. Rights attitudes produce right actions’.

Justeru, mari lihat cara untuk berubah yang dikongsikan pula oleh A.A. Gym, dimana beliau menyatakan, 3M yang utama adalah:

  • - Mulai dari diri sendiri,
  • – Mulai dari hal – hal kecil, dan
  • – Mulai dari SEKARANG.

Justeru, selamat menempuh tahun baru 2017 dengan azam dan tekad yang baru.

Sekian, terima kasih kerana sudi memberi ruang masa anda membaca mesej ini.

BERSUMBER : Penjawat Awam Berintegriti, oleh Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI).

RENUNGAN BERSAMA : He that would govern others first should be master of himself (Philip Massinger).
 


Sumber : Pejabat Penasihat Undang-Undang UTM (OFFICE OF THE LEGAL ADVISER)

UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.



Posted by Admin

Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Aldhuha2u Homestay

BERMINAT... ALDHUHA2U HOMESTAY (Berdekatan UTM & Nusajaya) KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN : Rumah Teres 2 Tingkat dengan kemudahan 2 bilik dan 2 bilik air : Pertanyaan & Tempahan boleh dibuat melalui : sila hubungi shah 019-7421006 / what app 010 - 5110452 mzul 010 - 6688051 samad 012- 7218963

Agen Chokee Diperlukan Segera!!!! Wasap 018-7724 006 / 013 -707 9619


Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

BORANG UTM BAZAR

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM