***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Selasa, 13 Disember 2016

Inovasi Ke Arah Negara dan Organisasi Berpendapatan Tinggi


Inovasi adalah cara atau pendekatan baru dalam melakukan sesuatu yang baru. Tidak hanya inovasi terhadap bidang penciptaan sahaja malah meliputi semua aspek seperti pengurusan, pentadbiran, teknologi maklumat dan komunikasi, perindustrian serta lain-lain lagi.

Inovasi adalah merupakan pensyarat untuk menjadikan sesebuah negara terutamanya Malaysia yang telah menyambut hari kemerdekaannya kali yang ke-53 beberapa tahun yang lalu dengan bertemakan “1 Malaysia Menjana Transformasi”. Ia menjadikan Malaysia ke arah sebuah negara maju. 


Keupayaan inovasi dan pembaharuan yang dicipta bakal membawa negara sebaris dengan negara maju terdahulu seperti Amerika dan Britain. Peringkat ini, inovasi dilaksanakan oleh individu berfikiran kreatif. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi individu yang berfikiran kreatif dan kritis seperti dengan menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baru. 

Cetusan idea2 bukan sahaja dapat menghasilkan teknologi baru, membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah malahan mengubah ketamadunan manusia.

Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan secara mudah bahawa inovasi sebagai:

  • Penghasilan baru
  • Berdasarkan proses penyusunan semula
  • Menggunakan unsur yang sedia ada
  • Penghasilan sesuatu yang unik, mudah dan bernilai
1. Idea (Menjana ekonomi) 
  • Bidang perniagaan berkembang luas dengan adanya inovasi dalam perniagaan dari segi perkhidmatan, produk , kualiti dan sebagainya. 
  • mengakibatkan peningkatan dalam pendapatan sekaligus menjana pendapatan dan ekonomi. 
  • contoh inovasi yang dijalankan oleh LHDN; e-filing di mana kutipan cukai meningkat setiap tahun. Pada tahun 2012 dilaporkan sebanyak RM90 billion berjaya dikutip.

2.Idea ( Meningkatkan keberkesanan pentadbiran) 

  • contoh e-government; urusan tanpa kertas, mengisi borang, kurang kerenah birokrasi, cepat dan efektif. 
  • Kerajaan memperkenalkan program transformasi seperti Program Transformasi Negara, Gagasan Satu Malaysia, Bidang Keberhasilan Negara, Model Ekonomi Baru. 
  • semua itu untuk meningkatkan pencapaian pentadbiran sekaligus memberi kemudahan kepada rakyat.

3. Meningkatkan sains dan teknologi.

  • MOSTI dan kerajaan memperkenalkan bulan sains dan teknologi bagi memupuk minda inovasi kepada setiap peringkat masyarakat.
  • Melalui inovasi, R &D sains dan teknologi, masyarakat mendapat banyak kemudahan seperti dalam bidang kesihatan, perubatan pertanian, kejuruteraan dsb.
  • Masyarakat menjadi pencipta teknologi dan bukan hanya sekadar pengguna teknologi negara luar.

4. Meningkatkan bidang pendidikan.

  • Inovasi dalam p& p. telekonferense, laman blog pendidikan, meningkatkan mutu pendidikan negara.
  • Pelajar terdedah dengan inovasi teknologi IT menjadi pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif.
  • Guru akan meningkatkan mutu p&p selaras dengan perkembangan informasi global. akhirnya hal ini akan meningkatkan mutu pendidikan negara sekaligus memajukan negara.

Jikalau pensyarah merasakan penilaian paling berat merupakan penghasilan banyak penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi dan rujukan atau petikan (citation) yang tinggi, bagi pentadbir pula menunjukan kreativiti dan menyenaraikan inovasi dalam tugas boleh dikira yang paling sukar untuk dinyatakan. Bagaimana boleh jadi begini dan bagaimana cara menyelesaikannya?


Peranan pentadbir sesebuah jabatan atau organisasi rata-rata melaksanakan tugas mereka secara rutin berdasarkan tanggung jawab yang telah tersenarai dan meneruskan tindakan yang diperturunkan menurut amalan sejak sekian lama. Justeru keperluan menunjukkan kreativiti dan mencipta sesuatu yang baru bukanlah menjadi keutamaan. Malah dalam banyak hal cubaan menjadi kreatif tidak dibenarkan sama sekali jika ketuanya tidak membenarkan. 


Lantaran itu ada pentadbir yang berselindung di sebalik kedudukan ini untuk tidak mencuba sebarang bentuk kreativiti mahupun inovasi dan kekal berada dalam zon selesa sehingga pencen. Bagaimana pula pentadbir di bahagian-bahagian lain? Tugas-tugas lain? Ada atau tidak ruang untuk berfikir, berkriatif dan berinovasi? Tentunya ada, tinggal lagi langkah perlu dimulakan dan tindakan susulan perlu dilaksanakan.

Jika diikuti perbincangan setakat ini pentadbir sepatutnya sudah dapat membayangkan langkah yang perlu diambil selaras dengan langkah yang disebutkan di atas. Bermula dengan melihat, memerhati, menilai tentang fenomena di sebalik kejadian, berfikir bagaimana menambah baik dan akhirnya berani mangambil tindakan yang perlu adalah asas kepada kreativiti dan penciptaan inovasi. 

Selepas membaca ruang ini, semua pentadbir harus menyimpan hasrat untuk memulakan tindakan bermula dengan berfikir secara kritikal terhadap persekeliling masing-masing.
Tugas yang sekarang kelihatannya rutin boleh menjana kreativiti dan inovasi sekiranya diamati setiap langkah dan prosidurnya.





Ke arah Negara Berpendapatan Tinggi 

Berdasarkan kaji selidik INTI terhadap Warga Profesional di Malaysia mendapati 1 dalam 3 rakyat Malaysia bercita-cita untuk meningkatkan kemahiran mereka melalui kelayakan akademik baru dan berhasrat melanjutkan pelajaran dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Kaji selidik juga mendapati, 60% Warga Profesional di Malaysia ingin berbuat demikian untuk tujuan;

  • Prospek kenaikan pangkat yang lebih cerah dalam kerjaya
  • Mendapat pekerjaan dengan gaji dan pendapatan yang lebih tinggi
  • Mencapai status pekerjaan yang diidamkan

Kaji selidik ini tertumpu kepada tingkah laku, aspirasi serta cabaran yang dihadapi Warga Profesional di Malaysia, merangkumi penyelidikan kualitatif dan kuantitatif untuk memahami lebih tepat melibatkan Warga Profesional berusia antara 22 dan 44 tahun, dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja.

Persaingan global dan pekerjaan yang semakin meningkat adalah antara faktor mendorong memperkasa kelayakan profesional dan peribadi. Namun, alasan kos melanjutkan pelajaran yang semakin tinggi dan tiada masa luang kerana komitmen kepada keluarga merupakan antara cabaran utama, walaupun mempunyai keinginan untuk terus meningkatkan kemahiran dan keupayaan profesional mereka.
 

Bermula dengan melihat, memerhati, menilai tentang fenomena di sebalik kejadian, berfikir bagaimana menambah baik dan akhirnya berani mangambil tindakan yang perlu adalah asas kepada kreativiti dan penciptaan inovasi. Selepas membaca ruang ini, semua pentadbir harus menyimpan hasrat untuk memulakan tindakan bermula dengan berfikir secara kritikal terhadap persekeliling masing-masing.

"Dalam usaha kita untuk menghasil sebuah ekonomi yang berprestasi tinggi, kesemua organisasi dalam negara justeru itu perlu ditingkatkan prestasi mereka". Melalui kejayaan matlamat tersebut, keadaan ekonomi negara akan bertambah maju. 

Kecekapan ekonomi membolehkan kos sara hidup dapat diturunkan. Golongan pekerja terbela dan dengan tercapainya untuk meningkat keupayaan menangani kos sara hidup yang tingg, ia dapat meningkat kebajikan kepada kesemua lapisan rakyat. Pendekatan kepada pencapaian tersebut sekaligus menghasil kepada kebajikan kepada organisasi keseluruhannya.


Posted by Admin



Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Aldhuha2u Homestay

BERMINAT... ALDHUHA2U HOMESTAY (Berdekatan UTM & Nusajaya) KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN : Rumah Teres 2 Tingkat dengan kemudahan 2 bilik dan 2 bilik air : Pertanyaan & Tempahan boleh dibuat melalui : sila hubungi shah 019-7421006 / what app 010 - 5110452 mzul 010 - 6688051 samad 012- 7218963

Agen Chokee Diperlukan Segera!!!! Wasap 018-7724 006 / 013 -707 9619


Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

BORANG UTM BAZAR

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM