***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Thursday, May 26, 2016

CUEPACS BERHARAP KERAJAAN PERSEKUTUAN SEMAK 231 JENIS ELAUN



KOTA BAHARU, 21 Mei (Bernama) - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan Persekutuan dapat menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyemak semula 231 jenis elaun di dalam perkhidmatan awam. 

Presidennya Datuk Azih Muda berkata semakan terhadap elaun itu boleh dilakukan selepas rasionalisasi 252 skim perkhidmatan dilaksanakan kerajaan. "Terdapat 231 jenis elaun yang telah diwujudkan untuk perkhidmatan awam, namun ada antaranya telah lebih 15 tahun tidak dikaji termasuk elaun-elaun yang sangat kritikal. "Kami minta supaya pasukan yang baharu diwujudkan untuk kami memulakan kajian berkaitan dengan keperluan elaun-elaun berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tritahunan Perwakilan Cuepacs Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini, hari ini. 

Hadir sama Setiausaha Agung Cuepacs Datuk Lok Yim Pheng dan Pengerusi Cuepacs Kelantan Aminuddin Awang. April lepas, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dilaporkan sebagai berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyempurnakan proses penambahbaikan 252 skim perkhidmatan sedia ada di bawah langkah rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan. 

Dalam pada itu, Azih berharap agar kerajaan dapat duduk semeja dengan kesatuan itu bagi membincangkan secara komprehensif terhadap beberapa kecacatan yang ada di dalam pelan rasionalisasi skim perkhidmatan. "Kita tak nak perkara ini berlaku dalam kerangka yang lain kerana kita tahu anggota perkhidmatan awam ada yang guna sama, ada yang bukan guna sama, dan kalau kita mungkin melihat kepada satu pihak, mungkin pihak yang satu lagi tak puas hati juga. Ini penting kalau kerajaan nak melihat keharmonian dalam perusahaan di peringkat negara kita nak dikekalkan," katanya. 

Dalam perkembangan sama, Azih mendesak agar kerajaan tidak membekukan perjawatan yang ditinggalkan kosong oleh penyandang terdahulu, dapat diisi dengan secepat mungkin bagi mengelak anggota mahupun pegawai di sesebuah agensi terbeban dengan tugasan mereka. "(Perkara ini) akhirnya memberi tekanan kepada anggota-anggota kami di seluruh negara kerana mereka bekerja dalam keadaan tenaga kerja yang tidak mencukupi, dan ini akan memberi ruang kepada golongan muda dan pencari-pencari kerja untuk memasuki perkhidmatan awam," katanya. -- BERNAMA



Posted by admin



Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM