***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Wednesday, January 15, 2014

Tambah Baik 100 Skim, Cuepacs Minta Kakitangan Awam Bersabar

PUTRAJAYA 13 Jan. - Semua penjawat awam diminta bersabar menunggu keputusan kerajaan terhadap usaha menambah baik 100 lagi skim perkhidmatan melibatkan kira-kira 800,000 penjawat awam seluruh negara.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, kakitangan awam sebaliknya perlu meningkatkan daya saing serta memberikan khidmat terbaik sejajar dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.Beliau berkata, pada masa ini proses penambahbaikan tersebut masih di peringkat penelitian."Kita berjaya membuat penambahbaikan bagi 81 skim melibatkan seramai 613,782 kakitangan tahun lalu dan tidak mustahil 100 skim lagi yang dicadangkan akan diluluskan.''Justeru, saya minta semua ahli supaya bersabar dan menumpukan kepada usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya dalam sidang akhbar di pejabat JPA di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai rombongan Exco CUEPACS mengunjungi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.Kunjungan pertama kali itu dibuat selepas Azih dilantik sebagai presiden yang baharu pada Disember lalu menggantikan Datuk Omar Osman yang mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Pada 22 November tahun lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyatakan sebanyak 100 skim perkhidmatan sudah dikenal pasti untuk dikaji mulai awal tahun depan.
Sementara itu, Mohamad Zabidi di dalam sidang akhbar yang sama berkata, pihak JPA ketika ini sedang mendapatkan maklum balas daripada CUEPACS berhubung penelitian semula 100 skim perkhidmatan berkenaan.

Beliau berkata, penelitian itu melibatkan beberapa perkara yang terkandung di dalam skim perkhidmatan antaranya syarat kemasukan ke dalam perkhidmatan, tangga gaji serta faedah.Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, secara keseluruhan, kerajaan mempunyai 249 skim melibatkan 1.4 juta penjawat awam."Sebanyak 81 skim telah pun selesai melalui proses penambahbaikan (tahun lalu) antaranya membabitkan perkeranian dan penguat kuasa manakala 100 skim lagi sedang diteliti," ujar beliau.

Dalam pertemuan itu juga, beliau berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengeratkan lagi kerjasama bagi memperjuangkan hak-hak kakitangan awam.
Selain itu, kata Mohamad Zabidi, mereka juga akan bersama-sama turun padang bagi memberi penerangan mengenai pelbagai isu termasuk kenaikan harga barang yang hangat diperkatakan ketika ini.


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM