***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Tuesday, January 21, 2014

KSN Melancarkan Buku Merakyatkan Perkhidmatan Awam

PUTRAJAYA, 20 Jan (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa melancarkan buku panduan ringkas Merakyatkan Perkhidmatan Awam(MPA) bagi memperjelas prinsip dan nilai-nilai yang digariskan di bawah usaha merakyatkan perkhidmatan awam. Dr Ali berkata konsep itu diperkenalkan agar setiap penjawat awam menyedari bahawa mereka adalah sebahagian daripada rakyat dan sesungguhnya mereka lebih berupaya untuk memahami kehendak dan aspirasi rakyat.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan juga agar segala inisiatif yang telah direncanakan dapat diterjemah oleh setiap penjawat awam dengan berkesan dan disampaikan secara menyeluruh dan efektif kepada rakyat.

"Saya mahukan perkhidmatan cemerlang daripada anda semua, perkhidmatan cemerlang yang sama, yang anda harapkan sebagai seorang rakyat Malaysia," katanya. 
Dalam kata-kata aluan buku berkenaan, Ali berharap panduan yang diberikan akan menjadi keutamaan bagi penjawat awam dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan serta dipraktikkan dengan sebaik-baiknya.

Buku itu dilancarkan pada Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara di sini Isnin. 
Buku berkenaan terbahagi kepada beberapa tajuk iaitu 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam', 'Kesejahteraan dan Kecemerlangan', 'Enam Prinsip Merakyatkan Perkhidmatan Awam', 'Perkhidmatan Awam Unggul Ke arah Merealisasikan Wawasan 2020' dan 'Pelan Tindakan Ke Arah Kecemerlangan dan Kesejahteraan'.

Enam prinsip dalam Merakyatkan Perkhidmatan Awam ialah keterbukaan - minda terbuka dan mudah didekati, turun padang, musyawarah, insaniah - keseimbangan antara rohani dan jasmani', kekitaan serta kerjasama awam-swasta dan badan bukan kerajaan (NGO)- perkongsian sumber dan kesepakatan.

Buku bersaiz poket setebal 27 muka surat itu diterbitkan oleh pejabat Ketua Setiausaha Negara dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Orang ramai dan penjawat awam yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam boleh mengakses laman web rasmi ketua setiausaha negara di www.pmo.gov.my/ksn dan klik kepada ikon MPA booklet yang tertera.-BERNAMA


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM