***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Sabtu, 28 September 2013

UTM-KPJ Bina Hospital Baru


Dr. Wahid Omar (kanan) bertukar-tukar dokumen dengan Amiruddin Abdul Satar dalam Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 27 Sept. - Anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia (UTM), UTM Holdings Sdn. Bhd., akan bekerjasama dengan KPJ Healthcare Bhd. (KPJ Healthcare), penyedia perkhidmatan kesihatan swasta terbesar di negara ini untuk membina sebuah hospital baharu, di sini dengan kos pembinaan sebanyak RM128 juta.

Naib Canselor UTM, Prof. Ir. Dr. Wahid Omar berkata, pembinaan hospital yang akan didirikan di atas tanah milik UTM bersebelahan Taman Teknologi Johor di Skudai, dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun dan mampu memuatkan 150 katil serta menyediakan perkhidmatan multi disiplin.
Beliau berkata, fasa pertama hospital yang dikenali sebagai Hospital KPJ-UTM itu akan melibatkan pembinaan di atas tanah seluas dua hektar, manakala fasa seterusnya bergantung kepada permintaan dan boleh dikembangkan sehingga mampu memuatkan 500 katil.

"Pemilihan KPJ sebagai rakan strategik adalah bertepatan dengan status mereka sebagai sebuah syarikat tempatan yang menjadi pelopor dalam menyediakan penjagaan kesihatan swasta terkemuka di rantau ini."Matlamat pembinaan Hospital KPJ-UTM untuk menjadi peneraju 'teaching' hospital di Malaysia serta membuka peluang kepada KPJ dan UTM untuk berkongsi kepakaran dalam melatih kakitangan teknikal," katanya selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian antara kedua-dua pihak, di sini hari ini.

Memorandum itu ditandatangani oleh Wahid yang mewakili UTM, manakala KPJ Healthcare diwakili oleh Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Amiruddin Abdul Satar.
Pada masa ini, KPJ telah memberikan perkhidmatan kepada lebih tiga juta pesakit setahun terdiri daripada warga tempatan dan asing di 27 hospitalnya di seluruh negara dan dua di Indonesia serta sebuah di Thailand.

Wahid memberitahu, idea melaksanakan projek tersebut tercetus daripada cadangan untuk memaksimumkan kapasiti dan potensi keberkesanan program Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan yang ditawarkan di UTM."Pendekatan ini diharap dapat melahirkan kakitangan teknikal yang kompeten, sekali gus menerajui pembangunan negara pada masa depan selain memberi pendedahan secara terus kepada penuntut di universiti ini," katanya.
Sementara itu, Amiruddin berkata, kerjasama tersebut amat dialu-alukan dan boleh menjadi salah satu medan terbaik dalam memberi gambaran sebenar kepada penuntut tentang teknologi yang dibangunkan kini."Setelah melalui perbincangan kira-kira dua tahun, akhirnya projek ini akan dilaksanakan dengan UTM memegang 40 peratus ekuiti, manakala 60 peratus lagi milik KPJ," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130928/ko_03/UTM-KPJ-bina-hospital-baharu#ixzz2gBQ8qQ6X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Aldhuha2u Homestay

BERMINAT... ALDHUHA2U HOMESTAY (Berdekatan UTM & Nusajaya) KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN : Rumah Teres 2 Tingkat dengan kemudahan 2 bilik dan 2 bilik air : Pertanyaan & Tempahan boleh dibuat melalui : sila hubungi shah 019-7421006 / what app 010 - 5110452 mzul 010 - 6688051 samad 012- 7218963

Agen Chokee Diperlukan Segera!!!! Wasap 018-7724 006 / 013 -707 9619


Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

BORANG UTM BAZAR

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM