***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Thursday, September 26, 2013

Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi

Ke arah negara berpendapatan tinggi

Penubuhan GSIAC penting ke arah menjadikan Malaysia yang kini negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi. Selepas tiga tahun berlalu, banyak kemajuan dicapai dan pada mesyuarat kali ini Najib akan membuat penilaian keberkesanan majlis penasihat itu. 

Beliau berpandukan kepada matlamat penubuhan sewaktu melancarkan majlis penasihat itu di New York pada 17 Mei 2011 yang mana Najib menegaskan hasrat menjadikan Malaysia maju dalam bidang sains dan teknologi menerusi pelbagai inovasi.

Matlamat GSIAC ialah:
Memberi nasihat strategik berhubung aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020 melalui sains dan inovasi,
Menjadi penanda aras dari segi penarafan dan persaingan dalam bidang sains dan inovasi berbanding kemajuan negara maju lain di samping meningkatkan kemampuan Malaysia dalam bidang sains dan inovasi, 
Nilai tambah kepada pencapaian matlamat program transformasi ekonomi negara,
Menggiatkan pembinaan kapasiti melalui kolaborasi industri-akademia dengan pakar-pakar dunia mewakili organisasi terkemuka dunia, dan 
Menjana serta meningkatkan hubungan dagang dan nilai pelaburan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Sewaktu mesyuarat pelancarannya, tiga program impak tinggi diterima iaitu inisiatif biomas Malaysia, bandar raya dan kampung bestari serta pembinaan kapasiti manusia. 

Disebabkan Najib sendiri memberi penekanan serius kepada usaha ini, GSIAC berusaha memastikan ia benar-benar berjaya, bukan sekadar untuk tujuan akademik.

Sewaktu di San Francisco kali ini, Najib yang bakal tiba bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam Isnin ini, akan juga menghadiri satu forum peringkat tertinggi mengenai masa depan teknologi dan tenaga hijau, inisiatif Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) dan Industri Malaysia-Kumpulan Kerajaan untuk Teknologi Tinggi (MIGHT).

Najib juga akan memberi syarahan umum anjuran Kelab Komanwel California yang akan disiarkan oleh lebih 240 stesen radio di seluruh Amerika Syarikat. Antara tokoh yang pernah memberi syarahan umum anjuran kelab eksklusif yang diasaskan pada 1903 itu ialah Bill Clinton, Ronald Reagan, Martin Luther King Jr dan Bill Gates. 

Najib juga bakal menghadiri mesyuarat Panel Penasihat (IAP) mengenai biotek, inisiatif Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC). Malaysia adalah sebuah negara yang komited melaksanakan industri bioteknologi menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan dan swasta.

Di San Francisco juga, Najib sebagai salah seorang yang mendokong media baru akan melawat pejabat Twitter dan Google.

Najib adalah antara pemimpin dunia yang diberi peluang melawat pejabat gergasi media baru di Lembah Silikon itu kerana dianggap sebagai seorang daripada pemimpin yang aktif dalam menggunakan teknologi media baru itu.

Najib lawat Twitter, Google

Pengurusan Twitter dan Google mahu Najib mengalami dan melihat sendiri ekosistem dunia baru media yang sedang berlaku di Lembah Silikon yang menjadi tempat tumpuan korporat dan syarikat modal teroka. 

Jarang pemimpin asing diberi kesempatan melawat dua syarikat gergasi media baru itu kerana ia penuh dengan ‘rahsia.’ Di situ juga adalah tempat pengumpulan data terbesar mengenai pengguna media baru. Ia turut menjadi tempat yang memungkinkan perubahan trend masa depan dunia termasuk dalam bidang pendidikan. 

Sebaliknya, Najib akan diberi layanan istimewa malah dibenar membawa bersama beberapa tokoh korporat untuk bertukar maklumat dan mengadakan kolaborasi dengan rakan sejawat mereka masing-masing. 

Di Google, ada lapan pekerja rakyat Malaysia. Sewaktu melawat syarikat media baru itu mungkin ada kejutan yang akan dilakukan.

Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM