***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Isnin, 30 September 2013

Google Maps dengan Street View

DENGAN sokongan mantap daripada Tourism Malaysia, Google baru-baru ini membawa Street View menyusuri jalan-jalan di sekitar Malaysia untuk julung kalinya dan menerbitkan imejan Street View istimewa beberapa kawasan di seluruh negara untuk mewujudkan cara baru mengenali dan menikmati Malaysia.

Street View adalah satu ciri popular di Google Maps, sudah terdapat di lebih 50 negara, yang membolehkan orang ramai meneroka dan menyusuri hak kejiranan secara maya pada peta melalui imej panorama 360 darjah pada paras jalanan.

Bermula dengan Kuala Lumpur, Google mula memandu kereta yang dilengkapi kamera khas untuk mengumpul imejan untuk Google Maps dengan Street View.

Google akan terus memandu ke seluruh negara dan aktiviti ini melambangkan sebuah pelaburan jangka panjang yang bertujuan merakam imej di seluruh Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Hari ini Google turut mengeluarkan imejan Street View baru 18 kawasan di seluruh Malaysia, termasuk Taman Tasik Titiwangsa, Kuil Sri Subramaniam Batu Caves dan Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah.

Imejan 360 darjah ini, telah dikumpul menggunakan Street View Trike, sebuah sistem kamera berasaskan basikal beroda tiga yang akan membolehkan rakyat Malaysia dan penduduk dunia meneroka secara maya destinasi-destinasi indah di Malaysia melalui Google Maps.

Google juga memperkenalkan Street View Trekker, sistem kamera terbaru dalam barisan Street View dan Street View Trolley sistem kamera kereta sorong ke Malaysia.

Dengan Trekker dan Trolley, Google menyasarkan untuk merakam lebih banyak kawasan di luar jalan raya di Malaysia dan menjadikannya lebih mudah dicapai untuk dinikmati orang ramai secara dalam talian.

Dengan membawa Street View ke Malaysia, Google berharap memberikan perkhidmatan peta dalam talian yang lebih relevan dan berguna kepada rakyat Malaysia dan lebih banyak cara untuk meneroka kedua-dua tarikan kegemaran tempatan dan tempat-tempat yang tidak dikenali, di samping membantu memupuk pembangunan ekonomi negara melalui peta yang lebih baik.

Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab berkata, pihaknya sentiasa menerima baik teknologi dan melalui kerjasama dengan Google ini pihaknya berharap untuk melibatkan lebih ramai orang, sama ada di seluruh dunia dan di Malaysia dalam meneroka semula warisan unik negara.

“Teknologi pemetaan Google akan menawarkan pelbagai faedah dan membantu kita mewujudkan satu pengalaman baru Malaysia di dalam talian," katanya.

Manfaat

Google berusaha sedaya upaya melindungi privasi dalam Google Maps dengan Street View di samping membolehkan pengguna menikmati manfaat daripada ciri ini.

Google telah membangunkan teknologi canggih yang dapat mengaburkan wajah manusia dan plat lesen kenderaan secara berkesan agar ia tidak dapat dikenal pasti.

Di samping itu, Google sangat responsif terhadap apa-apa permintaan yang diterima daripada pengguna untuk lebih mengaburkan apa-apa imej yang berkaitan dengan mereka - untuk mengemukakan sebarang permintaan, orang ramai boleh menggunakan alatan ‘report a problem’ yang terdapat di sudut bawah kanan Google Maps.

Pengurus Negara, Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi memulakan pemanduan dan merakam imej Malaysia melalui Google Maps dengan Street View.

“Malaysia adalah sebuah negara majmuk dan sentiasa berkembang dan dengan menyediakan maklumat peta yang lebih berguna kepada pengguna dan perniagaan, Street View juga boleh membantu mewujudkan kesan ekonomi yang berpanjangan.

“Kami teruja untuk berkongsi imej panorama 360 darjah jalan-jalan di Malaysia pada Google Maps apabila ia dilancarkan tidak lama lagi," katanya.

Google tidak sabar untuk mengumumkan bila imej yang terkumpul bagi Malaysia sedia untuk dikongsi dan ia akan boleh didapati di maps.google.com.my.


Petikan Sumber : Utusan Malaysia



Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Aldhuha2u Homestay

BERMINAT... ALDHUHA2U HOMESTAY (Berdekatan UTM & Nusajaya) KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN : Rumah Teres 2 Tingkat dengan kemudahan 2 bilik dan 2 bilik air : Pertanyaan & Tempahan boleh dibuat melalui : sila hubungi shah 019-7421006 / what app 010 - 5110452 mzul 010 - 6688051 samad 012- 7218963

Agen Chokee Diperlukan Segera!!!! Wasap 018-7724 006 / 013 -707 9619


Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

BORANG UTM BAZAR

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM