***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Friday, September 27, 2013

Budaya Inovasi penting - Najib

Oleh Zulkefli Hamzah

NAJIB Tun Razak menunjukkan gambar kedudukan Putrajaya ketika melawat Ibu Pejabat Google di Mountain View, San Francisco, Amerika Syarikat, kelmarin. Turut mengiringi ialah Ahmad Shabery Cheek (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali. - BERNAMA

SAN FRANCISCO 25 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan lawatannya ke Google, Facebook dan Twitter sebagai satu pengalaman baharu yang sangat menarik bukan sekadar tentang produk dihasilkan tetapi budaya inovasi yang diamalkan.
Beliau yang melawat Google dan Facebook semalam (Selasa) manakala ke Twitter kelmarin dalam siri lawatan untuk Perdana Menteri merasai pengalaman baharu di Lembah Silikon berkata, budaya inovasi penting kerana ia menentukan apa juga inovasi dapat dijayakan.
“Pengalaman yang sangat menarik, memberi pengalaman baharu bukan sahaja tentang produk tetapi cara hidup terutamanya budaya inovasi," katanya kepada pemberita selepas memandu uji kereta tanpa pemandu Google di Ibu Pejabat Google di Mountain View di sini.
Dalam lawatan kira-kira tiga jam itu, Perdana Menteri turut mencuba cermin mata Google yang merupakan produk baharu menggunakan arahan suara melalui internet dan boleh dilihat mengikut waktu sebenar.
Kata Najib, Google mengiktiraf Malaysia yang menggunakan teknologi terkini syarikat itu untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengulas pertemuannya dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di ibu pejabat media sosial itu di Menlo Park, Perdana Menteri berkata, Facebook menyatakan kesanggupan untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi meningkatkan lagi hubungan kerajaan dengan rakyat.
Tambah beliau, tawaran kerjasama itu termasuk untuk membolehkan kerajaan menyalurkan maklumat kepada rakyat secara lebih menyeluruh.
Malaysia berada di tangga ke-18 dalam senarai pengguna Facebook dengan 12.7 juta pengguna setakat ini.
Lawatan Perdana Menteri ke Lembah Silikon yang diakhiri dengan pertemuan bersama komuniti hab teknologi dan inovasi paling dinamik di dunia itu dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).
Yang turut hadir dalam lawatan itu ialah Menteri Komunikasi dan Mulltimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pendidikan II , Datuk Seri Idris Jusoh.
Perdana Menteri berlepas ke New York petang semalam untuk menghadiri sesi ke-68 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 25 hingga 28 September ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130926/dn_01/Budaya-inovasi-penting---Najib#ixzz2g5K9vj7Y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM