***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Wednesday, July 31, 2013

Sikap Tak Ambil Kisah Jejaskan Nama Perkhidmatan Awam

Semua kementerian dan agensi kerajaan tidak lama lagi akan diwajibkan untuk menubuhkan unit integriti. Diharapkan dibuat dalam tempoh terdekat bukannya berbulan disebabkan keadaan dalam pelbagai jabatan kerajaan kini agak meruncingkan.


Kini sudah ada penjawat awam yang tidak kisah lagi dengan perbuatan tidak amanah untuk menyara anak isteri mereka. Bagi sesetengah daripada mereka, apa pun boleh asalkan dapat hidup mewah.

Usaha untuk menentukan wujudnya keadaan integriti terbaik ini perlu juga merangkumi semua institusi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan apa juga permit atau lesen untuk pelbagai khidmat, termasuk permit untuk menubuhkan sesebuah institusi pengajian atau memperkenalkan program pelajaran baru di institut pengajian tinggi. 

Satu peristiwa yang berlaku baru-baru ini menggagalkan usaha sebuah syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia yang dikuasai seorang pengusaha Melayu untuk mengambil alih sebuah institusi pengajian tinggi dimiliki orang Cina hanya kerana kerenah penjawat awam di Kementerian Pelajaran.

Wujudnya penjawat awam demikian bukan saja tidak membantu usaha murni itu tetapi menghalangnya sehingga tarikh perjanjian awal pembelian itu luput gara-gara kerenah penjawat awam yang sengaja melengahkan pertimbangan pengeluaran permit dikehendaki.

Syarikat itu sudah mengemukakan permohonan mendapatkan permit membolehkannya mengambil alih syarikat itu pada Februari lalu tetapi tidak mendapat sebarang jawapan. Usaha untuk mendapat maklum balas mengenai permohonan itu tidak berjaya kerana pegawai bertanggungjawab tidak boleh dihubungi. Setiap kali menelefon ke pejabatnya, dia tidak ada kononnya sedang bercuti, menghadiri kursus atau sakit.

Campur tangan menteri

Oleh itu, tiada siapa pun memberi perhatian kepada permohonan menghubungi pejabat menteri terbabit. Apakah dengan campur tangan menteri baru mereka mahu melihat permohonan itu?

Berikutan itu, minggu lalu penjawat awam terbabit tergesa-gesa memanggil mesyuarat pada keesokannya. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh seorang timbalan ketua pengarah dan jelas daripada apa yang berlaku fail permohonan tidak pernah dibuka. Mereka pula dengan selamba berkata, susah hendak mencari fail dan meminta permohonan baru dibuat, sedangkan pegawai syarikat terbabit sudah mengeluarkan salinan permohonan lengkap mereka dengan segala salinan dokumen yang dikehendaki.

Yang menghairankan apakah jabatan itu tidak mempunyai sistem fail sendiri supaya sebarang fail mengenai apa pun permohonan dikemukakan, disimpan secara teratur dan mudah diperoleh apabila dikehendaki?

Difahamkan pengusaha itu sudah mengutus surat kepada menteri yang dia kenali dan awal minggu ini penjawat awam terbabit barulah tersentak untuk berusaha menimbang permohonan itu. Malangnya, nasi sudah menjadi bubur kerana perjanjian awal jual beli antara kedua-dua syarikat terbabit sudah luput. Oleh kerana kerenah penjawat awam ini, usaha mengambil alih sebuah syarikat bukan Melayu oleh sebuah syarikat Melayu gagal. Siapa harus dipersalahkan atas kegagalan itu kalau bukan penjawat awam terbabit?

Yang menghairankan apakah tiada peraturan yang mengehendaki semua jabatan kerajaan, termasuk pihak berkuasa tempatan memberi maklum balas dalam masa singkat kepada semua pemohon bahawa permintaan mereka sudah diterima dan sedang diberi pertimbangan.

Jika tiada, apakah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak berfikir peraturan demikian perlu diadakan? Tempohnya boleh dirunding antara JPA dan kementerian atau jabatan berkaitan supaya tempoh yang munasabah boleh ditetapkan.

Galakkan perlakuan rasuah

Mana-mana penjawat awam tidak mematuhi tempoh itu boleh dikenakan tindakan setimpal, termasuk memberhentikannya. Apa susahnya untuk memberi jawapan permohonan sudah diterima atau sedang diberi pertimbangan?

Sikap tidak kisah sedemikian ini hanya membusukkan nama baik perkhidmatan awam dan ia juga boleh menjurus kepada perlakuan rasuah. Sememangnya dalam hal ini, pemohon mendapat tahu daripada rakan mereka bahawa permit atau lesen yang mereka kehendaki itu boleh didapati dengan mudah tanpa sebarang kerenah sekiranya mereka sanggup menghulurkan duit. Pengusaha itu sebagai seorang Islam prihatin tidak mahu terbabit dalam sebarang perlakuan rasuah dan ini menggagalkan usahanya itu.

Tidak menghairankan juga kenapa sebuah institusi pengajian tinggi yang sering menghebohkan mengenai kedudukannya hingga ke peringkat antarabangsa dengan mudah malah dalam tempoh seminggu berjaya memperoleh permit, misalnya untuk memperkenalkan satu program pengajian baru.

Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM