***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Friday, June 21, 2013

MTUC,CUEPACS GESA CAPAI SASARAN 50 PERATUS TENAGA KERJA BERKEMAHIRAN TINGGI

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -Usaha untuk memastikan negara memiliki tenaga kerja berkemahiran tinggi sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2020 bukan hanya terletak di bahu Kementerian Sumber Manusia semata-mata, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Presidennya Mohd Khalid Atan berkata tanggungjawab tersebut sebaliknya perlu ditangani dengan usaha semua pihak termasuk pihak swasta. "Dengan berbaki hanya tujuh tahun untuk menjadi negara maju, dengan statistik 28 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi, kita nyata masih jauh ketinggalan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 

Ketika menyokong langkah Kementerian Pendidikan yang berusaha menyediakan lebih banyak peluang kemahiran, Mohd Khalid berpandangan saluran tersebut dilihat tidak memadai.
 

"Pelbagai usaha dilakukan dua kementerian ini untuk meningkatkan bilangan graduan yang mempunyai kemahiran bagi memenuhi pasaran industri negara, namun pihak-pihak lain terutama institusi swasta tidak boleh berpeluk tubuh dengan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

"Sebaliknya mereka perlu berganding bahu, bekerja secara 'full force' dengan kerajaan bagi bersama-sama mencapai sasaran tersebut," katanya.
Katanya, walaupun institusi pendidikan swasta bertambah bilangannya, namun ada antaranya yang lebih cenderung menyediakan kursus bersifat komersil.


Pendapat beliau disokong Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman yang berpendapat telah tiba masanya institusi pendidikan semua peringkat termasuk milik kerajaan mengkaji semula sukatan pelajaran kemahiran mereka.


Mohd Khalid dan Omar juga mencadangkan agar pihak kerajaan menstruktur semula gaji tenaga kerja berkemahiran agar bidang ini dilihat sama taraf dengan bidang kerjaya profesionalisme yang lain.


Menurut mereka, masalah tenaga kerja berkemahiran tinggi tidak mahu pulang ke tanah air masih menjadi masalah dan menimbulkan persepsi bahawa kerjaya kemahiran sesetengah bidang tidak gah dan berpendapatan tidak sepadan di negara ini.


Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Mutalib dilaporkan berkata hanya 28 peratus daripada sejumlah 12 juta tenaga kerja di Malaysia setakat ini merupakan golongan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
-BERNAMA.

Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM