***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Monday, February 4, 2013

Anak Muda diajak Majukan Malaysia-TPM

Muhyiddin dan Norainee menyaksikan  penyerahan replika kunci kenderaan YSS oleh Norhisham kepada Zuraidah sempena pelancaran My Beautiful Malaysia peringkat Johor, di Muar, semalam. Muhyiddin dan Norainee menyaksikan penyerahan replika kunci kenderaan YSS oleh Norhisham kepada Zuraidah sempena pelancaran My Beautiful Malaysia peringkat Johor, di Muar, semalam.

 
BN perlu kerjasama generasi pewaris capai matlamat negara maju

Muar: Seluruh anak muda perlu berganding bahu dengan kerajaan bagi memajukan negara ini yang bakal diwarisi mereka suatu hari nanti, menerusi pelbagai kegiatan sukarelawan berdasarkan minat dan kemahiran masing-masing, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, menjadi tanggungjawab generasi muda untuk menentukan matlamat Malaysia menjadi negara maju dan contoh disegani serta dihormati dunia menjadi kenyataan.
Katanya, masa depan negara ini dan rakyatnya bukan hanya terletak pada bahu kerajaan semata-mata, sebaliknya juga kepada generasi muda dan belia.


“Perdana Menteri pada 15 Julai tahun lalu sudah mengumumkan 2013 sebagai Tahun Sukarelawan dengan peruntukan RM100 juta untuk Dana Sukarelawan 1Malaysia bertujuan menggalakkan aktiviti itu di kalangan generasi muda.

“Kerajaan memberi pengiktirafan amat besar kepada anak muda negara ini. Kita mahu menggembleng usaha anak muda supaya bersama memaju dan membangunkan negara ini menerusi kegiatan sukarelawan.


Komitmen tinggi

“Ini komitmen tinggi kerajaan kita menghargai sumbangan besar dalam proses menjadikan Malaysia negara maju pada 2020. Kita bangga kerana generasi muda ini akan jadi pewaris pembangunan dan kepemimpinan negara,” katanya ketika melancarkan My Beautiful Malaysia Day 2013 peringkat negeri Johor di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, semalam.
Turut hadir ialah isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim serta Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Selain kira-kira 20,000 peserta menyertai program itu membabitkan sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar institusi pengajian tinggi, acara sama berlangsung di 10 lokasi seluruh Johor termasuk Johor Bahru, Kluang, Kulai, Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Pontian, membabitkan perhimpunan kira-kira 100,000 belia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kebelakangan ini aktiviti sukarelawan kurang diberi perhatian dan ada pihak menyifatkan ia kian luntur kerana kerajaan menyediakan segala-galanya termasuk pembangunan sosial, pembangunan kawasan, alam sekitar, kebersihan atau membantu rakyat yang memerlukan.


Saling bantu-membantu

Katanya, walaupun semua hal terbabit sudah menjadi tanggungjawab kerajaan, golongan muda yang masih mempunyai semangat dan jiwa berkobar-kobar masih mempunyai ruang untuk saling membantu.

“Mereka tidak boleh duduk diam. Selain menjadi penonton, sebahagian besar sudah keluar daripada sistem persekolahan. Mereka ada ilmu, kemahiran, jiwa dan kita tak mahu semangat itu hanya terpendam begitu saja kerana ia boleh dimanfaatkan dan dijana bersama kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Ini boleh kita lakukan dan kerajaan sentiasa mahu menyemarakkan jiwa muda ini supaya tidak terpengaruh pihak lain yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum serta kemajuan ekonomi yang dibina selama ini.

“Kita meminta anak muda terus bersama kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional agar usaha kita menjadikan Malaysia cantik, bersih, maju, sebagaimana yang kita banggakan,” katanya.

Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM