***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Selasa, 22 Januari 2013

Tingkatkan Pencapaian Sektor Perkhidmatan Awam -Najib Razak

Ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri kelmarin, Datuk Seri Najib Razak menggariskan tujuh perkara yang perlu menjadi tumpuan dan fokus utama penjawat awam bagi memastikan Bajet 2013 dilaksanakan dengan cekap dan lancar sejajar agenda transformasi negara memberi kesan dan kepuasan kepada rakyat serta menepati tema bajet iaitu, 'Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati.'

Tujuh perkara itu ialah memastikan perpaduan dan jati diri nasional diperkukuhkan, melaksanakan Bajet 2013 dengan lancar mengikut jadual, agenda GTP memberi kesan dan kepuasan kepada rakyat selain suntikan pertumbuhan ekonomi negara, penambahan hasil kekayaan negara diagih secara adil dan saksama kepada rakyat, program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dilaksana sepenuhnya, perkhidmatan cepat, tepat dan berintegriti selain pemikiran kreatif lagi inovatif dan KPI menteri serta kementerian perlu dicapai sepenuhnya.
 
Serius tepati janji
Ternyata Perdana Menteri begitu serius dalam memastikan semua janji yang diberikan kepada rakyat melalui Bajet 2013 ditunaikan bukan saja dengan segera tetapi yang lebih penting secara efektif dan boleh memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Najib sedar bahawa peranan penjawat awam sangat penting dalam memastikan setiap perancangan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya. Maka tujuh perkara yang disentuh ini wajar dilihat sebagai amanat penting Najib kepada penjawat awam dalam usaha untuk memperkasakan peranan dan sumbangan penjawat awam dan sektor awam di negara kita.

Contohnya dalam memastikan perpaduan dan jati diri nasional diperkukuhkan, penjawat awam perlu buktikan kepada rakyat bahawa kerajaan hari ini adil dan saksama serta tidak meminggirkan atau melakukan diskriminasi terhadap mana-mana kaum.

Gambaran Hasrat Kerajaan
Perkhidmatan yang adil dan saksama oleh kerajaan ataupun dalam konteks ini oleh penjawat awam untuk rakyat pelbagai agama dan bangsa akan memberikan gambaran yang jelas mengenai hasrat kerajaan yang mahu bersikap adil dan saksama demi memperkukuhkan jati diri dan perpaduan nasional.

Seterusnya penjawat awam juga yang bertindak sebagai nadi dan jentera pentadbiran kerajaan perlu memastikan agar semua janji yang diketengahkan melalui Bajet 2013 dilaksanakan lancar mengikut jadual.

Rakyat pelbagai peringkat sedang menunggu pelbagai bantuan yang dijanjikan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta wang bantuan persekolahan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2013.

Kita tidak mahu rakyat terus merungut bahawa pelbagai kerenah birokrasi terus menjadi penghalang untuk mereka peroleh bantuan dengan cepat dan lancar. Penjawat awam yang terbabit perlu memastikan agar bantuan seumpama ini berjalan lancar dan memudahkan rakyat.

Satu lagi perkara menarik ialah mengenai program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Seperti yang kita sedia maklum, pelaksanaan pelbagai program di bawah projek NBOS sebelum ini mendatangkan hasil yang cukup menggalakkan seperti kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara kita.

Maka dalam hal ini penjawat awam perlu meneruskan banyak lagi program seumpama ini supaya NBOS dapat dilaksanakan sepenuhnya dalam setiap program kerajaan agar dapat memberi impak positif dan manfaat kepada rakyat dan negara.

Tingkat Imej
Begitu juga halnya dengan amalan budaya perkhidmatan cepat, tepat dan berintegriti selain pemikiran kreatif lagi inovatif. Imej perkhidmatan awam perlu terus dipertingkatkan lagi. Kita mahu rakyat terus yakin dan percaya kepada sektor awam kita terutamanya dari segi penyediaan perkhidmatan yang cepat, tepat dan berintegriti.

Dalam membudayakan hal ini, penjawat awam perlu sedar bahawa pemikiran kreatif dan amalan inovasi bukan lagi satu opsyen semata-mata. Ia sudah menjadi kewajipan yang mutlak demi kelestarian budaya prestasi yang tinggi. Semua jabatan kerajaan perlu membuka seluas-luasnya pintu untuk pemikiran kreatif dan inovatif dalam memastikan penyampaian perkhidmatan berlaku dengan lancar dan kekal relevan sepanjang masa.

Ringkasnya, semoga amanat Najib ini akan menjadi pegangan dan panduan kepada seluruh warga penjawat awam dan jabatan kerajaan dalam menentukan hala tuju masing-masing agar sentiasa dapat mematuhi slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Aldhuha2u Homestay

BERMINAT... ALDHUHA2U HOMESTAY (Berdekatan UTM & Nusajaya) KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN : Rumah Teres 2 Tingkat dengan kemudahan 2 bilik dan 2 bilik air : Pertanyaan & Tempahan boleh dibuat melalui : sila hubungi shah 019-7421006 / what app 010 - 5110452 mzul 010 - 6688051 samad 012- 7218963

Agen Chokee Diperlukan Segera!!!! Wasap 018-7724 006 / 013 -707 9619


Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

BORANG UTM BAZAR

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM