***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Wednesday, December 19, 2012

Corat-Coret Konvensyen KIK UTM pada tahun 2012


Fakulti Sains dan Pejabat Pendaftar : Menguasai kejuaraan Konvensyen KIK UTM pada tahun 2012




Bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM Johor Bahru, Fakulti Sains dan Pejabat Pendaftar telah merangkul kejuaraan dalam Konvensyen KIK Peringkat UTM kali ke 8 yang telah berlangsung pada 13 -14 Disember 2012. Ini terbukti apabila kumpulan KIK dari Fakulti Sains dan Pejabat Pendaftar telah merangkul Anugerah Kumpulan Terbaik dan Anugerah Persembahan terbaik bagi kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Teknikal dan Pengurusan.

Bagi kategori Teknikal, kumpulan KIK INOFIZ dari Jabatan Fizik, Fakulti Sains mendapat Anugerah Kumpulan Terbaik dengan tajuk projek “Masalah Lampu Bilik Air Yang Tidak Ditutup Selepas Digunakan Di Jabatan Fizik Fakulti Sains UTM” dan membawa pulang wang tunai RM2000.00, Piala Pusingan, Piala Iringan dan sijil sementara kumpulan KIK IDEAL, Fakulti Sains mendapat Anugerah Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM500.00 dan sijil penghargaan. Kedua-dua kumpulan turut mendapat ANUGERAH EMAS bagi penarafan projek ke atas setiap projek yang dibentangkan.

Bagi kategori Pengurusan, kumpulan KIK G2 GLORIOUS, Bahagian Pengurusan Modal Insan (HCM), Pejabat Pendaftar pula mendapat Anugerah Kumpulan Terbaik dengan tajuk “Kesukaran Memantau Status Permohonan Calon Staf Akademik Bukan Warganegara” sementara kumpulan KIK HCD Solution, Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCM), Pejabat Pendaftar mendapat Anugerah Persembahan Terbaik dengan tajuk “Pertindihan Tempahan Ruang Pusat Latihan UTM’. Kedua –dua kumpulan turut mendapat ANUGERAH EMAS bagi setiap projek yang dibentangkan.

Dalam konvensyen KIK yang dianjurkan untuk kali ke 8 ini, sebanyak 8 kumpulan KIK telah mengambil bahagian iaitu tiga dari Fakulti Sains, empat dari Pejabat Pendaftar dan satu dari Pejabat Harta Bina. Sebanyak enam projek kumpulan KIK telah mendapat ANUGERAH EMAS, satu ANUGERAH PERAK dan satu mendpat ANUGERAH GANGSA. Majlis penyampaian hadiah dan anugerah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof Ir. Dr Abdul Wahid b Omar, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) semasa majlis penutupan rasmi Program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Universiti & Konvenvesyen KIK UTM kali ke 8 pada 14 Disember 2012.

Semasa majlis penutup, Prof Ir Dr Wahid Omar telah menyarankan agar Ketua setiap Bahagian dan Fakulti mengambil inisiatif untuk menubuhkan kumpulan KIK di tempat kerja masing-masing. Ini kerana kumpulan KIK amat berkesan untuk mencari penyelesaian dan seterusnya dapat meningkatkan kecekapan staf dalam memberi perkhidmatan serta dapat meningkatkan tahap prodiktiviti, menjimatkan masa dan kos. Oleh itu, Universiti mensasarkan lebih banyak penyertaan kumpulan KIK dalam konvensyen yang alan dianjurkan pada tahun hadapan.

Sumber: Unit Kualiti Universiti

Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM