***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Rabu, 21 November 2012

Transformasi Kepimpinan UTM Dahulu dan Sekarang


'Apa beza kepimpinan dan kepemimpinan? Dan apa tu transformasi?’

Soalan ini begitu bertepatan dengan situasi semasa kerana UTM sedang melalui fasa perubahan ’kepimpinan’ dan seluruh organisasinya sedang mengadaptasi proses ’kepemimpinan’ yang baru ini. Malahan seluruh warga kerja UTM begitu teruja dan bersemangat untuk menjayakan ’transformasi’ yang dibawa oleh barisan kepimpinan baru yang dilihat akan membolehkan UTM lebih fokus dalam merealisasikan matlamat penubuhannya. Lihatlah betapa eratnya perkaitan serta penggunaan perkataan ’kepimpinan’, ’kepemimpinan’ dan ’trasformasi’ itu dalam menggambarkan hal berkaitan pentadbiran, pengurusan dan kejayaan.

Konsep Kepimpinan

Pertamanya jom kita cuba memahami apakah maksud Kepimpinan. Untuk kita lebih memahami Konsep kepimpinan ini lihat sahaja perbandingan definisi oleh para pemikir barat dengan apa yang telah disampaikan Al-Quran serta Hadis. Berikut adalah definisi kepimpinan yang diberikan oleh pemikir-pemikir Barat :

 “Kepimpinan adalah tingkah laku individu apabila dia sedang mengarahkan aktiviti kelompok ke arah matlamat yang dikongsi bersama” (Hemphill & Coons)

 “Kepimpinan adalah pengaruh antara perseorangan, yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi, dan diarahkan, melalui proses komunikasi, ke arah pencapaian matlamat atau matlamat-matlamat khusus.” (Tannenbaum, Weshler & Massarik)

“Kepimpinan adalah pendayautamaan dan penyelenggaraan struktur dalam jangkaan dan interaksi.” (Stogdill, 1974)

 “Kepimpinan ialah hubungan antara perseorangan yang menunjukkan kuasa dan pengaruh diagih secara yang tidak sama rata sehingga seorang individu boleh mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas individu itu.” (Fiedler, 1967)

Sekarang, lihat pula apa yang telah terkandung dalam Al-Quran dan telah disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sejak 1400 tahun yang lalu:

 “Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-An’am : 165)

 “Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.” (Surah Yunus : 14)

 Daripada Ibn Umar r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiap seorang daripada kamu adalah penjaga (pemimpin) dan kamu bertanggungjawab terhadap penjagaan kamu (orang yang dipimpin). Imam adalah penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, lelaki itu penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, orang perempuan adalah penjaga (pemimpin) dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, hamba adalah penjaga harta tuannya dan bertanggungjawab kepada pimpinannya, dan setiap kamu adalah penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab kepada pimpinan kamu”. (Riwayat Muslim)

Apa yang dapat disimpulkan setelah meneliti teori dari barat dan juga konsep Islam adalah apabila kita menterjemahkan maksud ’Kepimpinan’, mahu atau tidak kita tidak dapat lari untuk mengaitkan ’kepimpinan’ dengan individu yang dipanggil pemimpin. Apa yang pasti tingkah laku, kaedah serta pergerakan yang di bawa pemimpin dalam membawa organisasi menggambarkan corak ’kepimpinan’ beliau.

Gaya Kepimpinan
Berikut adalah gaya kepimpinan yang sering dikaitkan dengan seseorang pemimpin :-

Gaya Kepimpinan autokratik: memaksa pengikut membuat sesuatu tanpa mengambilkira keperluan individu pengikut. Beliau tidak prihatin pada perasaan pengikut, oleh itu beliau selalunya tidak digemari. Pengikut melakukan sesuatu kerja atas dasar takut (motivation by fear).

Gaya Kepimpinan demokratik: melibatkan pengikut dalam pembuatan keputusan. Biasanya disukai ramai kerana pengikut merasa mereka dihargai dan ada rasa pemilikan dan kekitaan.

Gaya Kepimpinan laissez-faire: menyerahkan kepad pengikut untuk membuat keputusan. Beliau hanya terlibat secara minimal. Keadaan mungkin huru-hara akibat struktur tugas yang tidak jelas dan tidak terarah.

Gaya Kepimpinan Islamik : Berpandukan dan merujuk kepada kepimpinan yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah serta menekankan pendekatan yang lebih Islamik dalam segenap aspek.

Gaya Kepimpinan berorintasikan tugas: lebih mengutamakan soal-soal pencapaian pengeluaran atau hasil kerja dari hal ehwal pengikut.

Gaya Kepimpinan berorintasikan manusia: mengambilkira keperluan individu dalam melaksanakan kepimpinannya.

Rumusan Kepimpinan

Penghayatan berkaitan konsep kepimpinan membawa kita kepada rumusan yang boleh kita ketengahkan seperti berikut :

“Corak Kepimpinan yang terbaik oleh Pemimpin akan menjamin seseorang Pemimpin itu dapat menunaikan tanggunjawab yang telah diamanahkan kepadanya seterusnya membawa kumpulan/organisasi ke arah kejayaan”

Definisi Kepemimpinan

Apakah yang dimaksudkan dengan kepemimpinan? Pelbagai definisi telah disusun oleh para cendiakawan dan ahli fikir sama ada dari barat maupun dunia Islam. Namun pada umumnya definasi Kepimpinan itu hanya terbahagi kepada 2 (dua) bahagian sahaja iaitu yang memandang kepemimpinan sebagai satu PROSES dan kepemimpinan sebagai SENI/KEMAHIRAN (SKILL).

Kepemimpinan sebagai PROSES

1. Kepemimpinan adalah “suatu proses yang kompleks di mana seseorang mempengaruhi orang-orang lain untuk menunaikan suatu misi, tugas, atau tujuan dan mengarahkan organisasi yang membuatnya lebih kohesif dan koheren."
Mereka yang memegang jawatan sebagai pemimpin akan mempergunakan dan menerapkan proses kepemimpinan (keyakinan, nilai-nilai, etika, karakter, pengetahuan, dan ketrampilan). Oleh yang demikinan kita lihat setiap seorang pemimpin akan membawa pendekatan berbeza sepertimana dibandingkan pengurus dengan pemimpin.
Seorang pemimpin akan berusaha menjadikan kumpulan yang dipimpin ingin mencapai tujuan dan sasaran yang tinggi, sedangkan seorang pengurus akan mengarahkan orang-orang untuk melaksanakan kerja/tugasan atau mencapai sesuatu tujuan. Seorang pemimpin melakukan perkara yang betul, manakala pengurus melakukan semua perkara dengan betul (Leaders do right things, managers do everything right).

2. Kepemimpinan adalah "suatu proses terancang yang dinamik melalui suatu tempoh waktu dalam situasi yang di dalamnya pemimpin menggunakan perilaku (pola/gaya) kepemimpinan yang khusus serta prasarana kepemimpinan (sumber-sumber) untuk memimpin (menggerakkan/mempengaruhi) bawahan (pengikut-pengikut) bagi melaksanakan tugas/ pekerjaan (menyelesaikan tugas) ke arah (dalam upaya pencapaian) tujuan yang menguntungkan (membawa keuntungan timbal balik) bagi pemimpin dan bawahan serta lingkungan sosial di mana mereka ada/hidup.” Definisi ini dikemukakan oleh J. Robert Clinton dalam bukunya, The Making of A Leader dan dimodifikasi oleh Y. Tomatala, dalam bukunya, Kepemimpinan Yang Dinamis.

Kepemimpinan sebagai SENI

(a) Kepemimpinan ialah "seni bekerja (tahu, mau, dan aktif bekerja) bersama dan melalui orang lain."
(b) Kepemimpinan ialah "seni memenuhi permintaan orang yang dipimpin dalam melaksanakan pekerjaan bagi mencapai tujuan bersama.”
(c) Kepemimpinan ialah "seni untuk menyepadukan yang diwujudkan melalui kemampuan memadukan gagasan, orang, benda, waktu, dan iman, untuk (melaksanakan pekerjaan/tugas) mencapai sasaran yang telah ditetapkan sebelumnya."
(d) Kepemimpinan ialah "seni mempengaruhi dan menggerakkan orang untuk bekerja secara terkoordinasi di mana setiap orang tergerak mengerjakan pekerjaannya serta menyelesaikan tugasnya dengan baik berdasarkan program yang telah dicanangkan dalam kinerja keorganisasian secara menyeluruh."
(e) Kepemimpinan ialah "seni merangkum dan menyampaikan perintah, yang olehnya orang yang dipimpin tergerak dan bergerak melaksanakan tanggung jawab yang dipercayakan kepadanya."
(f) Kepemimpinan ialah "seni membuat peta keinginan tentang masa depan organisasi, dan kemampuan menerjemahkan peta tersebut menjadi suatu kerangka keinginan yang nyata, serta kekuatan atau kuasa menggunakan segala sumber untuk melaksanakan peta tersebut menjadi produk yang berdaya-guna.
(g) Kepemimpinan ialah "seni mendaya-gunakan sumber-sumber daya: manusia, alam, teknologi, infrastruktur, dan sebagainya dalam upaya mempertahankan optimalisasi kerja yang tinggi sehingga menciptakan hasil yang bernilai lebih yang semakin besar yang membawa sukses kerja dalam organisasi.

Makna Transformasi

Transformasi merupakan perkataan yang diambil dari perkataan ’Transformation’ (kata benda). Bagi saya ’transformasi’ lebih molek diterjemah dengan perkaitan kepada kata kerja iaitu ’transform’ bagi mengambarkan proses perubahan.

’Transform’ yang mengandung tiga erti iaitu Mengubah bentuk; Menjelmakan, mengubah penampilan; Merubah (Tenaga potensi menjadi Tenaga kerja : panas menjadi tenaga) yang mana kesemua perubahan ini terarah kepada bentuk perubahan yang positif/lebih baik.

Sebagai contoh apabila perkataaan terasformasi ini apabila diguna pakai dengan kata lain misalnya transformasi masyarakat, maka perkataan tersebut memberikan makna perubahan bentuk (fizikal, struktur, sistem sosial) masyarakat, perubahan penampilan (sikap, paradigma, tingkah laku, kebiasaan), berubah dalam erti yang memanfaatkan/ menonjolkan potensi (energi potensial) masyarakat untuk lebih berdayaguna atau berhasilguna (terampil, mandiri, dapat menyelesaikan permasalahannya sendiri).

KESIMPULAN

Faktor kejayaan sesebuah ’Kepimpinan’ dipengaruhi oleh cara/kaedah ’kepemimpinan’ yang dijelmakan pemimpin dan proses ’trasformasi’ yang ingin dilakukan kearah menjayakan kumpulan/organisasi yang dipimpin.
.
Kita boleh disimpulkan ’kepimpinan’, ’kepemimpinan’ dan ’trasformasi’ adalah kombinasi yang mempengaruhi kejayaan untuk sesebuah organisasi meliputi pengaruh oleh faktor seperti berikut :-
.
1. keperibadian, kualiti dan sifat terpuji yang dimiliki Pemimpin.
2. Ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki Pemimpin
3. Gaya kepimpinan yang dibawa oleh Pemimpin.
4. Kebijaksanaan Pemimpin menggunakan kuasa dalam memimpin
5. Kebijaksanaan Pemimpin mengembleng sumber manusia serta fizikal.
6. Komunikasi terbaik pemimpin dan kumpulan/organisasi.
7. Kebolehan pemimpin mempengaruh dan mendapatkan kepercayaan kumpulan/organisasi.

Konteks Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Sebagai sebuah universiti, UTM telah berjaya mendepani pelbagai rintangan dan cabaran dalam proses pematangan warganya yang mana perubahan 'Kepimpinan', pemerkasaan 'Kepemimpinan' dan juga proses 'trasformasi' bagi mengurus kejayaan telah dilalui dan berjalan dengan begitu baik sekali.

Pemahaman konsep yang dibincangkan membolehkan kita selaku 'pengurus' menggunakan kaedah atau 'tools' terbaik bagi menguruskan perjalanan seterusnya bagi membantu pemimpin kita mengemudi UTM melayari perjalanan menempuh gelombang dan halangan bagi memastikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya merealisasikan harapan serta tanggungjawab Negara, Agama dan Bangsa.

Selaku warga UTM kita harus sentiasa berusaha menempatkan diri serta memainkan peranan yang aktif dalam menyokong usaha dan transformasi yang diketengahkan Kepimpinan UTM. Bak kata pepatah 'bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat'. Hanya dengan usaha dan kerjasama berpasukan dengan diiringi tekad yang jitu matlamat memartabatkan UTM selaku universiti terbaik akan terlaksana.
"PRAGMATIS Memimpin Dan Meneraju Kecemerlangan"

Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Aldhuha2u Homestay

BERMINAT... ALDHUHA2U HOMESTAY (Berdekatan UTM & Nusajaya) KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN : Rumah Teres 2 Tingkat dengan kemudahan 2 bilik dan 2 bilik air : Pertanyaan & Tempahan boleh dibuat melalui : sila hubungi shah 019-7421006 / what app 010 - 5110452 mzul 010 - 6688051 samad 012- 7218963

Agen Chokee Diperlukan Segera!!!! Wasap 018-7724 006 / 013 -707 9619


Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

BORANG UTM BAZAR

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM