***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Sunday, November 25, 2012

Bayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Kali Kedua Tahun 2012

JPA (BGE) 223/5/4-3 ( 70 )

KERAJAAN MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 12 TAHUN 2012 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI
KALI KEDUA TAHUN 2012

TUJUAN  
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi bagi kali kedua tahun 2012 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

LATAR BELAKANG 
2. Kerajaan telah membuat keputusan supaya Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi bagi kali kedua pada tahun 2012 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi mengenang budi dan menghargai sokongan serta komitmen mereka dalam mencapai matlamat pembangunan negara. Kadar    Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi bagi keseluruhan tahun 2012 yang ditetapkan adalah sebanya satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500.00 termasuk bayaran setengah bulan gaji yang telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2012.
3. Imbuhan Tahunan dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala Bayaran Khas Prestasi dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

PELAKSANAAN 
4. Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi kali kedua ini diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat pada tahun 2012 tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2012. Bayaran minimum bagi tahun 2012 adalah RM1,500.00 iaitu RM500.00 untuk bulan Ogos 2012, RM500.00 untuk bulan Disember 2012 dan RM500.00 untuk bulan Januari 2013.

Pegawai Yang Layak 
5. Pegawai yang layak dibayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi kali kedua ini adalah seperti berikut:
(i) pegawai tetap, sementara, contract of service dan guru sandaran;
(ii) pegawai contract for service;
(iii) pegawai yang bercuti separuh gaji;
(iv) pemandu yang dilantik oleh pegawai Jawatan Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya;
(v) pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Yang Arif Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971; dan
(vi) Pekerja Sambilan Harian.

Pegawai Yang Tidak Layak 
6. Pegawai yang tidak layak dibayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi kali kedua ini adalah seperti berikut:
(i) pegawai yang bercuti tanpa gaji sepanjang tahun 2012;
(ii) pegawai yang dipinjamkan ke badan yang diasingkan pengurusan saraannya sepanjang tahun 2012;
(iii) pegawai yang dipinjamkan ke badan antarabangsa atau syarikat swasta sepanjang tahun 2012;
(iv) pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib selain daripada hukuman amaran dalam tahun 2012; dan
(v) pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam atau demi kepentingan perkhidmatan awam dalam tahun 2012.

Pegawai Yang Ditangguhkan Pemberian Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi 
7. Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib, ditangguhkan pemberian Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi. Pegawai hanya layak dibayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah atau pegawai hanya dikenakan hukuman amaran.

SYARAT PEMBAYARAN 
8. Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi kali kedua ini dibayar kepada pegawai yang berkhidmat dalam tahun 2012 tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2012.
9. Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi kali kedua ini akan dibayar setengah bulan gaji atau kadar minimum RM500.00 bersekali dengan gaji bulan Disember 2012 manakala setengah bulan lagi atau kadar minimum RM500.00 bersekali dengan gaji bulan Januari 2013. Pembayaran adalah berdasarkan gaji bulan Disember 2012 atau gaji akhir yang diterima pada tahun 2012.
10. Bagi tujuan pengiraan kadar kelayakan Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi, “gaji” adalah bermaksud seperti berikut:
(i) gaji hakiki dan Elaun Pemangkuan bagi pegawai yang memangku sesuatu jawatan;
(ii) gaji yang diberi atas sebab peminjaman/ pertukaran sementara;
(iii) separuh daripada gaji hakiki bagi pegawai bercuti separuh gaji; dan
(iv) Elaun Bulanan bagi guru sandaran.

KAEDAH PENGIRAAN 
11. Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi kali kedua tahun 2012 adalah dibayar secara pro-rata (proportionate) berdasarkan bilangan hari yang layak tertakluk kepada kadar minimum sebanyak RM500.00 untuk bulan Disember 2012 dan RM500.00 untuk bulan Januari 2013. Jumlah patut terima hendaklah diselaraskan dengan amaun Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas.

Prestasi yang telah dibayar pada bulan Ogos 2012.Contoh pengiraan seperti di Lampiran A. 12. Pegawai yang dinaikkan pangkat/ dilantik secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)/ dipinjamkan/ ditukar sementara atau bertukar skim perkhidmatan pada tahun 2012, perkiraan Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi hendaklah berdasarkan gaji bulan Disember 2012 atau gaji akhir yang diterima pada tahun 2012. Contoh pengiraan adalah seperti di Lampiran B.
13. Imbuhan Tahunan sebanyak satu setengah bulan gaji atau kadar minimum sebanyak RM500.00 untuk bulan Disember 2012 dan RM500.00 untuk bulan Januari 2013 turut dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian yang tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut pada tahun 2012. Pengiraan kelayakan Imbuhan Tahunan kali kedua tahun 2012 bagi Pekerja Sambilan Harian adalah berdasarkan purata gaji bulanan bagi tempoh kontrak pada tahun 2012. Bayaran tersebut hendaklah diselaraskan dengan Imbuhan Tahunan sebanyak RM500.00 yang telah dibayar bagi bulan Ogos 2012. Contoh pengiraan adalah seperti di Lampiran C.
14. Bagi pegawai yang bersara pada tahun 2012, Imbuhan Tahunan atau Bayaran Khas Prestasi kali kedua adalah dibayar oleh jabatan terakhirnya secara pro-rata (proportionate) berdasarkan bilangan hari yang layak dalam tempoh tersebut tertakluk kepada kadar minimum sebanyak RM500.00 untuk bulan Disember 2012 dan RM500.00 untuk bulan Januari 2013. Jumlah patut terima hendaklah diselaraskan (journalise) dengan amaun Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi yang telah dibayar pada bulan Ogos 2012 serta Bayaran Khas Pesara kali kedua sebanyak RM500.00 yang akan dibayar oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam pada bulan Disember 2012. Contoh pengiraan adalah seperti di Lampiran D.
15. Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilantik semula secara contract of service atau contract for service dan masih berkhidmat pada tahun 2012 layak dibayar Imbuhan Tahunan atau Bayaran Khas Prestasi kali kedua berdasarkan gaji bulan Disember 2012 atau gaji akhir yang diterima pada tahun 2012. Jumlah patut terima hendaklah diselaraskan (journalise) dengan amaun Imbuhan Tahunan atau Bayaran Khas Prestasi yang telah dibayar pada bulan Ogos 2012 serta Bayaran Khas Pesara kali kedua sebanyak RM500.00 yang akan dibayar oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam pada bulan Disember 2012. Contoh pengiraan adalah seperti di Lampiran E.
16. Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini tidak boleh diselaraskan jika berlaku apa-apa keputusan dasar mengenai pelarasan gaji selepas 31 Disember 2012. Dalam keadaan di mana sesuatu keputusan dasar pelarasan gaji dalam tahun semasa masih tidak dilaksanakan kerana kelewatan pentadbiran, pegawai layak diberi pelarasan Imbuhan Tahunan atau Bayaran Khas Prestasi.

JABATAN YANG MEMBAYAR 
17. Pembayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi kali kedua adalah menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada bulan pembayaran.
18. Bagi pegawai yang bersara dalam tahun 2012, bayaran Imbuhan Tahunan atau Bayaran Khas Prestasi adalah menjadi tanggungan jabatan terakhir pegawai berkhidmat.

TARIKH KUAT KUASA
19. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

PEMAKAIAN
20. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)
Malaysia.

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
PUTRAJAYA
23 November 2012
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan

Sumber Petikan: Laman Rasmi JPA

Posted by M.S (admin)

Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM