***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Rabu, 25 Julai 2012

Tips Membentuk dan Membangunkan Keyakinan Diri

Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Beberapa Tips dan Idea yang ingin saya kongsi dengan anda:

 


Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" - saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.


 

1. Hindari Mencari-Cari Alasan
Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :

- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imaginasi
Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian  akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. Jika anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.

3. Jangan Takut untuk Gagal

Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri

Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.

5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh 

Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini  dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.


Sumber artikel dari :  http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1487.0 (Sharing is Caring) Berkongsi Maklumat dan Idea.

Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Aldhuha2u Homestay

BERMINAT... ALDHUHA2U HOMESTAY (Berdekatan UTM & Nusajaya) KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN : Rumah Teres 2 Tingkat dengan kemudahan 2 bilik dan 2 bilik air : Pertanyaan & Tempahan boleh dibuat melalui : sila hubungi shah 019-7421006 / what app 010 - 5110452 mzul 010 - 6688051 samad 012- 7218963

Agen Chokee Diperlukan Segera!!!! Wasap 018-7724 006 / 013 -707 9619


Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

BORANG UTM BAZAR

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM