***SELAMAT DATANG KE WEBSITE PEMBANTU OPERASI UTM (KPAP UTM)................KE ARAH STAF UTM YANG KREATIF & INOVATIF............."THINK OUT OF BOX"............TRANSFORMASI MEMBUDAYAKAN INOVASI & TEKNOLOGI***

Wednesday, February 29, 2012

Awet Muda: 7 Rahsia Kesihatan Holistik


“AWET MUDA: 7 Rahsia Kesihatan Holistik” merupakan karya yang diterbitkan untuk memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan berasaskan kesihatan holistik menerusi pemantapan minda separa sedar dan amalan hidup sihat. Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelulusan akademik, jantina, agama dan usia.
Buku ini menjelaskan kepentingan program awet muda dari perspektif penjagaan kesihatan secara bersepadu dengan mengambil kira kemajuan perubatan moden, gaya hidup sihat dan ajaran agama. Buku ini memberi penekanan kepada minda separa sedar; memahami kaedah penjagaan kesihatan secara ideal, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai model kesihatan holistik menerusi pemugaran minda, pemakanan dan minuman, keperluan tidur, riadah, amalan ritual, dan pengawalan tekanan.
Dalam buku ini, penulis menggariskan 7 rahsia bagi menjadi awet muda. Rahsia pertama memerlukan persiapan minda yang kental dan perlu sentiasa konsisten serta pengawalan tekanan supaya hidup “sentiasa tenang, ceria dan gembira”. Kita juga perlu sentiasa bertitik-tolak daripada kefahaman ajaran Islam yang sebenar. Justeru kita perlu memahami dan menggunakan sistem limbik dengan input positif sama ada melalui pemikiran positif, cita-cita dan doa.
Rahsia lain ialah rahsia tentang pemakanan dan pengambilan air yang mencukupi. Dapatkan makanan seimbang mengikut keperluan karbohidrat, protein dan lemak. Rahsia seterusnya melakukan senaman iaitu bagi mencorakkan cara hidup yang aktif merupakan salah satu kunci untuk sihat. Senaman membuahkan impak kepada menjaga DNA, mengimbangkan hormon, membantu mengekalkan bentuk badan serta menjaga komposisi badan dan dapat mengurangkan tekanan.
Pengambilan makanan tambahan juga menjadi rahsia penting dalam menjalani kehidupan moden. Tekanan kerja, pencemaran alam sekitar, pengurangan zat-zat di dalam makanan dan cara hidup moden mengundang radikal bebas serta kekurangan vitamin dan mineral di dalam pemakanan dapat digantikan semula untuk memastikan DNA tidak mengalami kerosakan dan dapat dibaik pulih.
Selain itu, rahsia penjagaan kulit penting untuk awet muda kerana kulit adalah organ pertama yang dapat dilihat oleh mata kasar. Keadaan kesihatan kulit juga memberikan persepsi orang kepada kita terutamanya pada bahagian muka. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa penjagaan kulit bukan semata-mata terletak pada muka, sebaliknya meliputi keseluruhan badan.
Penulis menegaskan bahawa sikap yang konsisten dalam melakukan sesuatu aktiviti kunci kejayaan bagi apa jua program, termasuklah program awet muda dan kesihatan holistik. Jika kita mempunyai ilmu tetapi tidak diamalkan, hasilnya tidak mendatangkan banyak manfaat. Dalam hal ini, keikhlasan adalah asas penting untuk menyuburkan sikap konsisten. Justeru kita perlu melakukan program awet muda dan penjagaan kesihatan holistik semata-mata untuk mendapat keredaan Allah SWT

Buku yang memberi perimbangan antara kepentingan kesihatan, perkembangan minda, tuntutan kerjaya dan matlamat kehidupan. Garapan berlandaskan perspektif Islam menjadikan buku ini bersifat holistik dan relevan.”
(Datin Norjuma Habib Muhamed, isteri Dato’ Mohamed Nazim Razak)
“AWET MUDA ... buku yang mengemukakan konsep bersepadu antara kesihatan moden, amalan harian yang serasi dengan pendekatan saintifik dan ajaran Islam.”
(Prof. Jasmy Yunus, Dekan Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan, UTM)
“Penulis berjaya mengadunkan maklumat saintifik secara mudah difahami yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian”
(Prof. Madya Dr. Zahiah Mohamed,
Ketua Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan, UKM)
“AWET MUDA ... penulis berjaya mengintegrasikan antara ilmu perubatan moden dengan perubatan Islam dalam sebuah korpus ilmu yang mudah difahami.”
(Prof. Madya Azmi Shah Suratman,
Dekan Fakulti Tamadun Islam, UTM)
“Saya berasa teruja kerana buku ini memberi keseimbangan antara perspektif keilmuan perubatan moden dengan amalan harian. Buku ini amat sesuai untuk khalayak pembaca yang mementingkan kesihatan dan kecantikan tubuh badan.”
(Wardina Saffiyah Fadhullah Wilmot,
motivator dan personaliti TV3)
“Buku yang berinformatif, berinspirasi dan analitikal mengenai program awet muda yang dipersembahkan secara saintifik dan selari dengan prinsip dan amalan sunah Nabi Muhammad s.a.w.”
Aishah Ali
(Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Ne

Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!


Agen Diperlukan Segera!!!

JOM IKLAN !

TEMPAHAN IKLAN BANNER

 

TEMPOH IKLAN RM40= 1 BULAN  (250+250)-BANNER KECIL

TEMPOH IKLAN RM60= 1 BULAN (728+90)-BANNER BESAR

TEMPOH IKLAN RM120= 6 BULAN (BANNER KECIL ATAU BESAR)

SILA BUAT PEMBAYARAN DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG.PEMBAYARAN HENDAKLAH MELALUI AKAUN BERIKUT:

(CASH DEPOSIT SAHAJA)

CIMB : 01180033367527

Nama: MOHD SHAHRULNIZAM BIN ABDULLAH (Sila Call/SMS selepas membuat bayaran

ATAU

CIMB: 0116-0000-193-104

Nama: M.ZULKAFLI ENTERPRISE

SILA HUBUNGI: 019-7076002,013-7079619 (SILA HUBUNGI KAMI SELEPAS ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN ATM CASH DEPOSIT)

 

Saiz Banner 250+250 Atau 728+90 250+250
728+90
TEMPOH IKLAN 1 BULAN
2 BULAN
6 BULAN
TEMPAHAN IKLAN BANNER


***Sila Copy & Paste Banner HTML Code Pada Petak dibawah***

NAMA :
ALAMAT EMAIL
NO.TEL :

IKLAN BERBAYAR

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Pengedar Diperlukan!!! Hubungi 013-7079619 / 019-7421006

Borang Keahlian KPAP UTM

Admin KPAP UTM


Sijil Penghargaan Oleh UTM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daftar Ahli PO UTM